Setiap Kali Ada Majlis, Kena Beli Kasut Baru? Nah, Kasut Wajib Ada Dalam Collection Korang! - Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Trend

Setiap Kali Ada Majlis, Kena Beli Kasut Baru? Nah, Kasut Wajib Ada Dalam Collection Korang!

Avatar
Share

Selain handbag dan make up, mengumpul kasut adalah wajib bagi perempuan. Setiap event ada kasut tertentu. Bukan beli satu kasut pakai setiap majlis. Salah tu! Kasut juga adalah pelengkap gaya. Tak kira jenis fesyen macam mana pun, kasut adalah perkara yang penting.

Pakai selipar pergi mall? Oh big no, okay! So, jomlah shopping kasut. Tak nak pergi ke kedai, shopping online je. Tak ada masalah pun. Yang timbul masalah, kasut mana yang patut dibeli? Ha, baca jenis kasut yang wajib ada dalam collection kasut korang, senanglah nak pergi event.

Heels Bertali

Rasanya setiap perempuan mesti ada kasut tinggi, kan? Sama ada heels kosong atau bertali. Walaupun tak melilit kaki, at least ada yang jenis tali T. Pakai kasut tinggi bertali nampak lebih seksi dan menghairahkan. Kalau fesyen korang elegen dan ‘mahal’, pakailah heels bertali untuk tambahkan nilai estetik. Gitu!

 

Kasut Tajam

Kasut yang tajam di hadapan akan menonjolkan elemen semi formal. Boleh dipakai bila bila masa, sama ada ke pejabat atau hanya makan angin. Kasut jenis ini tidak kira bertumit atau flat sangat selesa dipakai kerana bentuk yang praktikal dan bergaya membolehkan si pemakai tidak hiraukan situasi.

 

Kasut Bercorak

Kasut yang mempunyai corak simple dan tidak serabut. Gaya corak melambangkan mood si pemakai. Contohnya, kalau lebih kepada vintage mungkin korang pakai corak klasik. Jika dressing korang ala ala comel, boleh pakai kasut bercorak catchy dan trendy

 

Kasut Lutsinar

Haa, kasut yang menampakkan jari jemari kaki korang yang seksi tu. Sesuai dengan gaya yang lebih relax. Kalau ke parti dan bersosial, sesuai sangat.

 

Wedges

Tumit tebal dan lebar. Selesa dan kurang sakit kaki berbanding stiletto. Masih boleh dipakai waktu formal. Korang better high heels ke wedges?

 

Flat Shoe

Antara kasut yang selesa dan boleh dipakai setiap masa. Flat shoe biasanya dipakai waktu yang tidak formal. Nampak santai dan tidak berat. Sekali sekala korang pun mesti ada look yang relax. So, bolehlah pakai flat shoe ni.

 

Ballerina

Okay lebih kurang dengan flat shoe tapi lebih nipis dan comel. Sangat mudah dipakai dan lembut. Confirm kaki korang tak melecet.

 

Brouge

Ada ciri ciri maskulin tapi masih mendapat perhatian para gadis gadis yang hidup seiring dengan trend. Walaupun brouge tidak mempunyai tumit tinggi tapi sesuai jika dipakai ke pejabat.

 

 

Sneakers

Macam kasut sukan tapi bukan! Maksudnya tidak sesuai untuk heavy duty tapi boleh dipakai bila bersantai, berjalan jauh. Eh, ada juga pakai ke pejabat. Yang pakai pergi kerja tu make sure nampak sesuai, jangan sampai nampak macam nak pergi lumba lari pula. Pilih warna, material dan pattern yang cantik.

 

 

Boot

Kasut boot banyak jenis. Ada yang sampai betis, ada sampai buku lali ada juga yang macam tentera! Ikut citarasa dan keselesaan masing masing. Gaya fesyen dan pembawakan watak perlu selaras supaya tidak nampak janggal.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!