4 Cara Menegangkan Kulit Muka Yang Kendur Dengan Mudah );

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan Sihat

4 Cara Menegangkan Kulit Muka Yang Kendur

Share
kendur

Kulit kendur boleh menjadi kesan sampingan proses penuaan, sebahagian dari kerutan dan garis-garis halus yang berkembang dari masa ke masa seiring dengan hilangnya keanjalan kulit dan pengeluaran kolagen berkurang.

Pendedahan berlebihan terhadap sinar matahari, diet yang buruk, dan merokok boleh mengurangkan keanjalan kulit dengan cepat. Terdapat petua semula jadi untuk menegangkan kulit yang kendur, penyelesaian yang tidak memerlukan pembedahan dan memerlukan banyak wang.

Walaupun ada produk dipasaran yang dikatakan mampu merawat masalah garisan halus di kulit muka namun ia tidak dapat menghilangkan sepenuhnya seperti rawatan pembedahan pengetatan wajah.

kendur

1. Bina otot

Mengekalkan senaman workout yang merangkumi pembinaan otot dan latihan angkat berat serta kardio dan jadikan ia sebagai rutin dapat menegangkan kulit anda yang telah kendur. Hal ini kerana, otot menghasilkan penampilan yang lebih tegang dan kuat.

Dengan mengangkat berat dapat membentuk lapisan otot di bawah kulit dan menjadikannya kurang kendur.

2. Makanan sihat

Usah fokus untuk mengembangkan otot dengan senaman sahaja, pastikan anda mengambil makanan dengan sumber protein dan asid amino yang mencukupi. Untuk mendapatkan kulit yang kekal tegang, bahan yang perlu ada dalam makanan adalah kolagen dan elastin. Kebiasaannya bahan-bahan ini hanya terdapat dalam telur, daging lembu yang diberi makan rumout, kaldu tulang dan kekacang.

Jangan risau, bagi elastin anda boleh mencampurkan serbuk protein elastin ke dalam smoothie selepas bersenam atau kopi pagi anda. Oh ya, jangan lupa untuk mengambil buah juga!

kendur

3. Memakai krim ‘facelift’

Pelembap adalah bahagian penting dalam pengetatan kulit wajah mahupun badan. Terdapat pelbagai firming cream di pasaran menjadikan anda sukar untuk mengetahui krim yang paling sesuai untuk diri sendiri. Anda boleh mencari ulasan atau maklum balas mengenai produk ‘facelift’ yang anda ingin beli sebelum membayarnya.

kendur

4. Exfoliate

Exfoliate atau pengelupasan adalah teknik penjagaan kulit wajah yang harus dilakukan dua hingga tiga kali seminggu. Hal ini dapat membantu kulit kendur anda menjadi lebih ketat dengan mengelupasnya dengan berkesan. Pengelupasan boleh dilakukan bersama alatan seperti berus yang boleh membantu menghilangkan sel-sel kulit mati serta meningkatkan peredaran darah. Namun, pastikan berus tersebut adalah lembut dan sesuai digunakan pada wajah. 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!