Acne Patch Bantu Merawat Jerawat
Share

Macam mana acne patch boleh kering dan rawat jerawat? Acne patch adalah salah satu kaedah untuk mengubati jerawat kerana ia mempunyai hidrokoloid yang mampu menyerap cecair dalam jerawat dan kurangkan sebum pada kulit.
Acne patch seperti plaster nipis khas untuk jerawat. Ia bukan menutup seluruh kawasan jerawat, ia hanya lapisan nipis dan kulit mampu bernafas dan merawat.
Kebaikan Acne Patch
Selain daripada mengubat dan kawal minyak pada jerawat, ia juga melindungi jerawat daripada sinar UV matahari dan kurangkan risiko hiperpigmentasi pada kulit.
Acne patch juga mempercepatkan proses regenerasi kulit dan menyembuhkan jerawat.
Bahan Peradangan Kulit
Acne patch dipakai untuk mengelakkan kesan geseran, tergaru, tersentuh dan terjadi luka. Tampal je acne patch pada jerawat dan korang boleh buat aktiviti harian kerana ia mencegah iritasi dan melembapkan kulit.
Cara Penggunaan
Selepas cuci muka dan buat skincare routine, korang boleh tampal acne patch pada jerawat yang masih aktif. Tampal dengan tepat dan tekan dua ke tiga kali untuk memastikan plaster betul-betul melekat pada jerawat.
Ada tips lagi untuk korang, pakai acne patch bila nak tidur sahaja. Lebih elok letak ubat jerawat dahulu baru tampal. Tapi, ance patch susah nak meleket bila kulit muka korang terlalu lembap dan berminyak.