Apa Itu Anoreksia dan Bulimia? Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Pilihan Bae & Beauty Sihat

Apa Itu Anoreksia dan Bulimia?

Share

Gangguan pola pemakanan sihat sering dikaitkan dengan remaja, terutamanya di kalangan gadis. Keinginan untuk menurunkan berat badan atau ingin mendapatkan bentuk tubuh yang ideal secara cepat menyebabkan mereka terjebak kepada gajala anoreksia dan bulimia.

Gangguan pola pemakanan sihat sering dikaitkan dengan remaja, terutamanya di kalangan gadis. Keinginan untuk menurunkan berat badan atau ingin mendapatkan bentuk tubuh yang ideal secara cepat menyebabkan mereka terjebak kepada gejala anoreksia dan bulimia.

Anoreksia Nervosa (dirujuk sebagai anoreksia) adalah dimana pengidap memiliki ketakutan berlebihan terhadap kenaikan berat badan dan ketidaksempurnaan bentuk tubuh mereka. Akibatnya, mereka mengurangi kadar dan kekerapan makan mereka secara mendadak dan ekstrim.

Bulimia Nervosa (dirujuk sebagai bulimia) dapat dikenalpasti apabila pengidap yang kebiasaannya makan dengan banyak, yakni makanan kesukaannya. Namun, dia akan memuntahkan semula makanan yang dimakan atau melakukan aktiviti senaman yang ekstrim selepas itu.

Meskipun tiada penyebab khusus yang menyebabkan kedua-dua gejala ini dari berlaku,  anoreksia dan bulimia sering dikaitkan dengan faktor persekitaran yang negatif dan tekanan dari sekeliling.

Please help them

Ternyata, bukanlah 100% mengenai masalah pemakanan, tetapi gangguan emosi yang melanda pengidapnya. Mereka yang mengidap penyakit ini akan mula mengasingkan diri daripada bersosial, mengalami kemurungan, cemas, obses terhadap penurunan berat badan dan hilang nafsu seks.

Perasaan rendah diri dan stress yang disebabkan oleh ejekan rakan dan keluarga menyebabkan pelaku benci dan merasa tertekan bila melihat susuk tubuh yang gemuk dan lemak yang berlebihan.

Mereka juga dihantui oleh perasan seperti tidak berharga, sensitif, mudah tersinggung, cepat marah serta kehilangan minat untuk berinteraksi. Kita mungkin dapat melihat perubahan mendadak pada rakan-rakan kita yang mengalami masalah ini. Mereka yang dahulu ceria mungkin hari ini menjadi seorang yang pendiam.

Jika ada dikalangan orang yang anda sayang mengalami gejala ini, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk membantu mereka agar tidak berterusan hidup di dalam gejala yang negatif ini. Seharusnya, anoreksia dan bulimia harus diubati pada peringkat awal. Semua harus sedar jika pengidap berada pada tahap kritikal, ia boleh membawa kepada kematian.

Kata-kata semangat, ransangan positif dan sifat prihatin kita mampu mengubah gaya hidup yang tidak sihat ini. Andai pengidap berhasrat untuk menurunkan berat badan, syorkan pada mereka untuk mengikuti diet yang seimbang dan senaman. Buat para remaja di luar sana, katakan tidak pada anoreksia dan bulimia. Amalkan gaya hidup yang sihat dan ceria selalu okeyy!   

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!