Fesyen Mesra Vaksin, Baju Off-Shoulder Jadi Pilihan );

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan Sihat Trend

Fesyen Mesra Vaksin, Baju Off-Shoulder Jadi Pilihan

Ain Huda
Share

Isu vaksin COVID-19 ni dah berleluasa. Boleh dikatakan kerajaan setiap negara mengeluarkan cara pengagihan vaksin kepada rakyat untuk memastkan semua akan menerima vaksin. Termasuk juga negara kita.

Malaysia juga sudah mula mengedarkan vaksin mengikut keperluan. Sabar ye guys, nanti kita dapat. So, sementara menunggu menerima suntikan vaksin ni, sedar tak ada satu fesyen yang sedang ‘panas’ iaitu fesyen mesra vaksin!

Susah Nak Selak

Rata-rata pakai baju lengan panjang atau baju paras bahu susah nak selak lengan baju kan. Singsing lengan baju sampai bahu. Kalau baju ketat, ish jadi masalah pula. Memandangkan netizen sangat kreatif, fesyen off-shoulder menjadi pilihan. Baju off-shoulder ni memang bukan baru lagi, dah lama pun wujud tapi sejak ada vaksin, design macam ni jadi letup semula!

Terima Vaksin Dengan Bergaya

Walau apa pun berlaku, kita tetap kena cantik, girls! Pergi ke hospital untuk dapatkan suntikan vaksin dengan bergaya. Pakai baju off-shoulder memudahkan korang juga. Tak payah susah-susah dah. Terus tayang bahu. Walaupun takut, tetap onz!

Mudahkan Kerja Frontliner

Rasanya kalau pakai baju off-shoulder ni, nurse tengok pun senang hati. Sampai terus bagi jarum! Frontliner pun penat, bolehlah ringankan kerja diorang sikit, kan?

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!