4 Mitos Tentang Protein Soya Yang Mungkin Anda Rasa Benar Selama Ini );

Type to search

Bae & Beauty Sihat

4 Mitos Tentang Protein Soya Yang Mungkin Anda Rasa Benar Selama Ini

Share
protein

Bila bercakap tentang makanan yang mempunyai sumber protein, ramai orang akan mengaitkan protein dengan ayam, daging atau ikan dan fungsinya untuk membina otot kita.

Tapi sebenarnya, fungsi protein adalah lebih daripada itu.

Protein: bukan daging semata-mata

Pernah tak anda dengar orang cakap “eh kenapa tak makan ikan, kan bagus tu protein?”. Biasanya soalan ini akan ditanyakan kepada orang vegetarian kerana mereka tidak makan makanan berdaging.

Pakar Pemakanan Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Prof Madya Dr Hasnah Haron mengatakan Garis Panduan Diet Malaysia juga menggalakkan pengambilan protein dari sumber tumbuhan seperti kekacang dan sedar tak sedar soya pun di antara kekacang yang dimaksudkan!

Kiri (animal protein), kanan (plant protein)
protein

Malangnya, soya sering menjadi sasaran mitos-mitos tak berasas yang boleh menghindari orang daripada mengambil protein soya, sedangkan ia sudah lama menjadi makanan ruji di rantauan kita sejak berabad dahulu.

Mari kita bongkarkan 4 mitos dan kebenaran di sebaliknya.

1. Mitos: Kesemua produk soya diperbuat daripada organisma terubah suai genetik (GMO).

Fakta: Bukan semua produk soya diperbuat daripada GMO. Pelbagai tauhu, tempe dan susu soya tidak berasaskan GMO juga terdapat di pasaran. Dan walaupun produk tersebut berasaskan GMO, tiada bukti jelas yang menunjukkan bahawa dengan memakan kacang soya GMO atau produknya akan memberi kesan yang buruk dari segi kesihatan.

2. Mitos: Risiko kanser payudara akan meningkat jika memakan soya.

Fakta: Mitos ini datang daripada kepercayaan bahawa isoflavon (estrogen tumbuhan) yang terdapat dalam soya boleh meningkatkan risiko kanser. Kajian telah menunjukkan bahawa isoflavon soya, tidak kira dari sumber apa pun, tidak mendatangkan sebarang kesan berbahaya kepada tisu payudara. Sebaliknya, pengambilan soya yang tinggi mungkin boleh menurunkan risiko kanser payudara.

3. Mitos: Fitoestrogen soya menghalang fungsi tiroid.

Fakta: Pelbagai kajian dan tinjauan yang menyeluruh menunjukkan yang sebenarnya kedua-dua makanan berasaskan soya atau isoflavon tidak memberikan kesan buruk pada fungsi tiroid dalam lelaki atau perempuan dengan fungsi kelenjar tiroid yang normal.

Tambahan pula, Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Eropah juga menyimpulkan bahawa isoflavon tidak memberikan sebarang kesan buruk kepada fungsi payudara, tiroid atau rahim bagi wanita menopaus. 

4. Mitos: Soya menyebabkan lelaki bersifat feminin.

Fakta: Jangan risau, ini hanyalah andaian yang tidak munasabah. Soya mengandungi fitonutrien yang dipanggil isoflavon soya. Kajian meluas telah menunjukkan bahawa pengambilan protein soya atau isoflavon tidak menunjukkan sebarang kesan terhadap tahap hormon pembiakan dalam tubuh lelaki.

Jadi, perlu ditekankan sekali lagi bahawa soya dan produk soya merupakan sumber protein lengkap yang baik. Ia kaya dengan nutrien yang pelbagai dan perlu dijadikan sebahagian daripada diet sihat kita.

Walaupun beberapa mitos berkaitan soya sering kedengaran, bukti yang diberikan selalunya lemah berbanding dengan pelbagai kajian yang berwibawa mengenai kebaikan soya.

Hakikatnya, soya telah menjadi sebahagian daripada diet kita sejak dahulu lagi dan terbukti selamat diambil oleh ramai orang.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!