Love Beauty & Planet x Watson: Kempen Kitar Semula 2021 );

Type to search

Bae & Beauty Sihat

Love Beauty And Planet x Watsons: Sertai Kempen Kitar Semula Sambil Menang Ganjaran

Share
kitar semula

Kehadiran bulan April menandakan ‘Earth Day’ yang bakal tiba tak lama lagi. Bagi memeriahkan lagi sambutan ini, Love Beauty And Planet telah menganjurkan kempen kitar semula bersama Watsons!

Dalam mendepani komitmen melestarikan bumi, jenama kecantikan mesra alam, Love Beauty And Planet telah melancarkan sebuah kempen kitar semula plastik sempena Earth Month.

Memandangkan pandemik masih belum pulih sepenuhnya, kempen tersebut dikendalikan secara maya, bukan seperti webinar atau sebarang talk yang membosankan ya… tetapi dalam bentuk game!

Cara permainan

Permainan yang sangat mudah, dalam masa yang sama anda juga boleh menerima ganjaran diskaun untuk shopping di Watsons melalui game tersebut! Wah dengar perkataan shopping terus bulat biji mata baca! Hahaha

Untuk dapatkan ganjaran anda perlu mengumpul point melalui jumlah botol yang muncul di skrin, sambil menyelamatkan hidupan laut dari sampah ini. Dengan adanya jumlah botol plastik yang melebihi 300 points, anda layak menerima ganjaran diskaun untuk shopping sebarang produk Love Beauty & Planet di Watsons! 

Layari website Love Beauty And Planet untuk bermain, jom cuba nasib! Bolehlah jimat sikit duit tu hehehe

kitar semula

Pendidikan adalah langkah pertama untuk mendorong lebih ramai rakyat Malaysia menyemai semangat cintakan planet mereka. Walau bagaimanapun, kesedaran untuk mengurangkan sampah melalui kitar semula masih rendah di kalangan rakyat Malaysia.

Kasihan pada hidupan laut di dunia yang telah terancam akibat dari pembuangan plastik di kawasan perairan. Paling merisaukan apabila Malaysia menyumbangkan jumlah terbesar dalam penggunaan plastik bagi negara Asia. 

kitar semula

Jadi kolaborasi yang dilakukan antara Love Beauty And Planet x Watson dapat mendidik pengguna secara ‘halus’. Mana tidaknya, sedar tak sedar melalui permainan yang berkonsepkan kitar semula dapat mengelakkan masyarakat dari penggunaan bahan plastik bagi memastikan planet sentiasa bersih dan selamat.

Kitar semula botol plastik di Watsons

Memandangkan tahun lepas hanya 30% rakyat Malaysia mempraktikan aktiviti kitar semula, ini menguatkan lagi kerjasama Love Beauty And Planet x Watsons untuk menyelamatkan bumi.

Selain berkempen secara virtual, anda juga boleh mengumpul botol plastik dan hantar ke salah satu 20 retail stores Watsons di Lembah Klang yang kini mempunyai tong kitar semula. Ini adalah salah satu usaha mereka untuk mendorong lebih banyak lagi pengguna untuk mengitar semula dengan mudah.

Lebih kurang seminggu lagi untuk Earth Day, sebagai pecinta alam sekitar anda boleh mengambil bahagian dari 12 April hingga 31 Mei untuk menghantar sebarang botol pastik terpakai ke Watsons yang terpilih.

Sebagai ganjaran untuk melakukan peranan mereka di planet ini, pengguna berhak mendapat baucar ganjaran dari Love Beauty and Planet untuk digunakan di Watsons.

Perincian penyertaan senang je, rakam proses anda mengitar semula di Watsons dan post di Instagram Story. Mudah sangat!

kitar semula

Untuk menyertai inisiatif kitar semula ini, anda boleh kunjungi cawangan Watsons yang tertera:

  • PJ Old Town, Bukit Jelutong
  • Bukit Tinggi Klang, Sri Petaling
  • Medan Idaman, Tropicana Garden
  • Seksyen 16, Sunway Pyramid
  • Seksyen 7, IOI City Mall
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!