Perut Buncit? 5 Petua Bangun Pagi Untuk Kempiskan );

Type to search

Bae & Beauty Pilihan Bae & Beauty Sihat

Perut Buncit? 5 Petua Bangun Pagi Untuk Kempiskan

Share
buncit

Kebanyakan orang mempunyai masalah perut buncit tidak kira apa pun saiz mereka. Walaupun 8 daripada 10 orang prihatin tentang berat badan, perut yang buncit adalah sesuatu yang anda perlu dibimbangkan.

Sebenarnya, berkaitan dengan kesihatan anda, masalahnya bukanlah seberapa banyak berat badan anda, tetapi berapa banyak lemak perut yang anda miliki.

Lemak berlebihan membawa kepada banyak keadaan serius seperti diabetes, serangan jantung, kemurungan, dan banyak lagi.

Nak hilangkan perut buncit, jom mulakan 5 hacks rutin pagi ini dari sekarang.

1. Makan protein dan serat untuk sarapan

Kajian ada menunjukkan jika mulakan sarapan dengan lebihkan protein dan serat dan kurangkan lemak di perut. Pastikan anda masukkan diet harian dengan daging, ikan, telur, dan kekacang dalam sarapan.

Selain itu, pengambilan serat seperti brokoli, alpukat dan oats dapat beri kesan positif yang sama seperti protein.

2. Lakukan senaman mini

Bersenam memang sejak azali adalah salah satu cara untuk turunkan berat badan dan perkara pertama yang anda kena buat pada waktu pagi.

Good info untuk anda, senaman mini juga dapat tambahkan stamina dan kurangkan perut buncit, lagi-lagi jika banyak habiskan masa di rumah.

Baca Lain: Jika Tak Ubah 5 Gaya Hidup Ini, Korang Boleh Hidap Masalah Obesiti

3. Minum air kosong, bukan jus

meme

Minum jus untuk sarapan memang perkara biasa, namun untuk hilangkan buncit dekat perut? Nope.

Ini disebabkan jus mempunyai elemen fruktosa cair dan boleh menyebabkan kenaikan lemak perut.

Kajian juga ada menyatakan yang minuman bergula juga menyebabkan peningkatan lemak di hati. Jadi, lebih sihat jika anda mulakan pagi dengan air kosong untuk buang buncit.

4. Dapatkan tidur yang cukup

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tidur yang tidak cukup mengakibatkan berat badan anda bertambah, termasuklah buncit.

Jadi, disiplinkan diri anda untuk dapatkan tidur yang cukup dalam rutin harian.

5. Jangan mengelopor di pagi hari

Lama penulis tak pakai ayat ini. Okay last but not least, jangan mengelopor (tergesa-gesa) di waktu pagi kalau tidak mahu mulakan hari dengan keadaan tertekan.

Anda mungkin akan meningkatkan hormon kortisol dan seterusnya membuatkan perut menjadi bertambah lemak.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!