Tahap IQ Bayi yang Lahir Ketika Pandemik Lebih Rendah - Kajian );

Type to search

Bae & Beauty Sihat

Tahap IQ Bayi yang Lahir Ketika Pandemik Lebih Rendah – Kajian

Share
IQ bayi

Satu kajian terbaharu mendapati bahawa bayi yang lahir ketika pandemik Covid-19 berpotensi memilik tahap kecerdasan otak atau IQ yang lebih rendah.

New York Post melaporkan penyelidik memberitahu bahawa penurunan IQ itu disebabkan kurangnya interaksi bayi dengan dunia luar kerana batasan pergerakan yang memberi kesan kepada perkembangan kognitif mereka.

BACA: Cara Bagi Bayi Mengenali Makanan Pejal

Rata-rata IQ bayi berusia tiga bulan hingga tiga tahun juga menurun daripada 100 sebelum pandemik kepada 79 ketika pandemik. Angka itu didapati hasil daripada analisa kognitif terhadap 672 kanak-kanak yang dilahirkan di Rhode Island, Amerika Syarikat.

Secara terperincinya, terdapat 188 bayi yang lahir ketika pandemik dikaji dan mereka dibandingkan dengan 308 bayi yang lahir sebelum Januari 2019 dengan 176 daripadanya lahir di antara Januari dan Mac 2020.

Bayi yang dilahirkan ketika pandemik kurang berinteraksi dengan dunia luar.

Penyelidik kajian itu, Profesor Dr Sean Deoni yang juga pakar pediatrik di Universiti Brown memberitahu kanak-kanak yang mengalami gangguan kognitif disebabkan menghabiskan terlalu banyak masa di dalam rumah.

Ini juga termasuk kekurangan berinteraksi dengan dunia luar yang lebih luas selain ada antara kanak-kanak yang mengalami masalah mental seperti kemurungan.

“Ibu bapa tertekan dengan situasi semasa namun tanpa disedari ia juga boleh berlaku kepada kanak-kanak dan kesannya malah lebih teruk,” katanya.

Tambahnya, kanak-kanak yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan dan mengalami masalah kewangan kesan daripada pandemik lebih mudah terkesan dengan perkara ini.

Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!