6 Manfaat Kurma Yang Korang Wajib Tahu! );

Type to search

6 Manfaat Kurma Yang Korang Wajib Tahu!

Bae & Beauty Sihat

6 Manfaat Kurma Yang Korang Wajib Tahu!

Share
manfaat

Tamar yang juga dikenali sebagai buah kurma mempunyai banyak manfaatnya yang tersendiri. Jom ketahui 6 manfaat kurma yang korang wajib tahu!

Di bulan ramadhan yang mulia ini, juadah wajib berbuka puasa tentulah buah kurma kan? Tak sah lah kalau takde buah kurma masa bulan puasa ni. Makan buah kurma semasa berbuka juga merupakan sunnah nabi. 

Korang yang hari-hari makan buah kurma ni, tahu tak manfaat dan khasiat buah kurma?

Kurma sangat kaya dengan nutrisi yang baik untuk tubuh badan kita seterusnya mengandungi lebih banyak kalori dan karbohidrat.

Buah kurma juga mengandungi vitamin, mineral dan serat serta antioksidan yang dapat menjauhkan diri korang daripada pelbagai penyakit berbahaya.

Jom ketahui 6 manfaat kurma yang telah dibuktikan secara sainstifik

Sumber serat yang dapat melancarkan pencernaan

Kurma merupaka sumber serat yang aik untuk tubuh badan kita terutamanya bagi pelancaran saluran pencernaan dan mencegah masalah sembelit.

Kajian telah mendapati bahawa individu yang makan tujuh biji kurma pada setiap hari akan dapat melancarkan pembuangan air besar mereka dengan teratur.


Baca juga: 5 Rahsia Kecantikan Dari Buah Kurma


manfaat kurma

Mengawal gula dalam darah

Kurma yang mempunyai rasa manis dengan kandungan fruktosa yang sangat baik untuk tubuh badan kita. Fruktosa merupakan sejenis gula semula jadi pada buah.

Serat dapat mencegah kadar gula dalam darah daripada melonjak naik terlalu tinggi selepas makan. Kandungan gula fruktosa itu serta serat yang tinggi dalam buah kurma sangat bermanfaat dalam mengawal gula dalam darah dalam badan manusia.

Kurma kaya dengan antioksidan

Buah kurma mengandungi antioksidan yang dapat mencegah pelbagai penyakit kronik yang dialami oleh seseorang. Fungsi antioksidan adalah melindungi sel-sel dalam tubuh daripada radikal bebas.

Antioksidan yang terkandung dalam buah kurma dikenali sebagai flavonoid. Ianya mampu mengurangkan risiko diabetes, Alzheimer dan kanser.

manfaat

Dapat meningkatkan kesihatan otak seseorang

Kajian telah menunjukkan buah kurma dapat mengurangkan inflamasi pada otak serterusnya mengurangkan risiko penyakit seperti alzheimer serta pembentukan plak  pada otak. Kurma juga dapat meningkatkan daya ingatan seseorang.

manfaat

Menjaga kesihatan tulang

Bukan sahaja susu yang baik untuk tulang, malah kurma juga baik untuk menjaga kesihatan tulang kita.

Kurma mengandungi mineral iaitu fostor, kalium dan magnesium yang dapat mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis.

Dapat mengatasi masalah seksual

Buah kurma baik untuk menjaga kesihatan seksual seseorang. Kadar estradiol dan flavonoid pada kurma mampu meningkatkan jumlah dan kualiti sperma kaum lelaki. 

Banyak kan sebenarnya manfaat buah kurma ni? Jadi, jangan lupa amalkan pemgambilan buah kurma setiap hari ya? 

[Sumber: MStar]
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!