6 Kaedah Rawatan Pelik Untuk Kecantikan Wajah

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan Sihat Trend

6 Kaedah Rawatan Pelik Untuk Kecantikan Wajah

Share

Apalah sangat sanggup berhabis duit untuk ke spa, bekam dan rawatan moden untuk mencantikkan wajah. Kerana terlalu inginkan kulit yang cantik, sentiasa nampak muda dan tidak berkedut sanggup buat apa sahaja, mungkin ada yang berhabis berpuluh ribu untuk sekali rawatan.

Walaupun banyak pusat rawatan dan klinik estetik, ada juga yang suka rawatan secara tradisional. Mungkin ada beberapa cara rawatan yang tidak sesuai di Malaysia tapi ada juga rawatan pelik pernah popular di negara kita.

Suntik Krim Darah

Harganya boleh tahan mahal ye. Rawatan kecantikan ini menggunakan darah pesakit sendiri dan diformulasikan untuk dijadikan protein dan anti-radang. Protein dari darah yang terhasil dijadikan krim untuk membaiki kulit dan hilangkan garisan muka.

Vampire Facelift

Rawatan Vampire Facelift adalah rawatan yang terkenal di Hollywood dan kos rawatan sangat tinggi. Rawatan ini menggunakan darah pesakit sendiri dan diproses untuk menambahkan kolagen, mencerahkan kulit secara semula jadi. Ia juga mengatasi masalah pigmentasi dan penuaan.

Siput Babi

Sanggup tak letak siput babi atas muka untuk menambahkan protein pada kulit? Lendir siput babi mempunyai protein seperti asid hialuronik dan antioksida yang mampu menyegarkan kulit dan awet muda.

Lintah

Lintah adalah salah satu rahsia awet muda. Lintah akan menghisap darah kotor. Rawatan ini terkenal di Eropah. Lintah akan di letakkan pada muka dan dibiarkan menyedut darah dan mengeluarkan enzim menyingkirkan toksin dalam darah.

Uri Kambing Biri-Biri

Kambing biri-biri bukan untuk makan je tau. Uri haiwan ini pun boleh dijadikan rawatan kecantikan. Sel stem uri kambing biri-biri dikatakan mempunyai bilang sel yang lebih kurang sama dengan manusia. Ia mampu membaiki kulit wajah dari dalam dan mengekalkan kelembapan kulit.

Tahi Burung

Bukan semua jenis burung tau, tahi burung spesis Japanese Nightingale sahaja yang boleh merawat jerawat dan mencerahkan kulit. Rawatan ini digunakan sejak kurun ke-17 dan 100% semula jadi. Di Jepun, geisha yang menggunakan cara ini untuk kekal cantik. Ia boleh menanggalkan sel kulit mati dan menyegarkan kulit.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!