Sudah laa !! 9 Tips “Move On” Selepas Putus Cinta Dijamin Berkesan - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Sudah laa !! 9 Tips “Move On” Selepas Putus Cinta Dijamin Berkesan

Share

Kita tidak tahu sampai bila kita akan bersama dengan pasangan kita betul ? Kita kena sedar bahawa tidak semua kisah cinta berakhir dengan happy ending. Semua orang pasti akan lalui suatu masa bila ditinggalkan oleh kekasih. Siapa sahaja tidak sedih bila lalui situasi sebegini. Berpisah dengan orang yang tersayang. Bukan mudah hendak melupakan segala kenangan yang dikongsi bersama sepanjang percintaan.

Putus cinta ini melibatkan soal hati dan perasaan, kerana itu ada yang sanggup melakukan kerja bodoh dan bahaya semata untuk puaskan hati. Namun itu bukanlah jalan yang terbaik kerana pada masa yang akan datang kita sendiri akan menyesal dengan tindakan kita.

Jadi, untuk yang sedar berpatah hati, di sini kami ingin kongsikan 9 tips yang berkesan untuk move on :

1.Beri Masa Pada Diri Sendiri

Luangkan masa bersendirian. Pergi bercuti atau lakukan aktiviti yang boleh hiburkan hati sendiri. Jangan pikirkan masalah yang sudah jadi ! Luka yang dirasai akan sembuh sedikit demi sedikit

 

2.Sibukkan Diri Anda

Cuba padatkan jadual harian anda supaya ada lupa memori lama bersama bekas pasangan anda. Jangan bermurungan okay ! Pandang ke masa depan

3.Simpan Atau Buang Barang Kenangan

Ini semua supaya anda tidak selalu teringat akan kenangan yang dulu-dulu semasa bersama si dia. Barang merupakan antara memori terindah yang memang sukar untuk dilupakan. Jadi apa tunggu lagi !! Buang sahaja

 

4.Luaskan Kenalan Baru

Mungkin dulu bila bersama si dia, anda akan menghabiskan banyak masa bersama. Sekarang cuba kenali orang baru.

 

5.Dekatkan Hubungan Dengan Orang Keliling

Cuba ambil peluang ini untuk merapatkan semula dengan keluarga dan kawan-kawan. Banyakan bersembang dan lakukan aktiviti bersama mereka. Hargai mereka yang selama ini sentiasa berada di samping anda

6.Lakukan Hobi Atau Minat Anda

Masa inilah anda tunjukan hobi ada. Kerana banyak masa terluang jika anda hanya duduk termenung, lebih baik anda lakukan minat atau hobi yang selama ini anda tiada masa untuk lakukannya. Pergi melancong, main alat muzik dan bermacam lagi. Ini salah satu aktiviti yang memang berkesan untuk lupakan si dia.

 

7.Minta Bantuan Atau Sokongan

Sokongan dari orang keliling anda memang sangat penting. Kerana kata-kata dari mereka merupakan pembakar semangat untuk anda. Jika anda simpan masalah di dalam hati takut ia akan menjadi semakin teruk dan memakan diri sendir. Jadi, luah sahaja kepada orang keliling anda yang adan percaya.

 

8.Elak Berdendam

Biasanya jika putus dalam keadaan yang tidak baik, anda akan mengadi marah dan berdendam. Jangan biarkan keadaan negative itu kuasai diri anda. Anda perlu redha dengan apa yang jadi. Dekatkan diri dengan tuhan

 

9.Jangan Hubungi Si Dia

Jangan pernah sesekali cuba untuk hubungi dia ! Itu penyebab dan alasan utama untuk anda susah move on . Sekat si dia di laman social anda.

Move On memang sangat susah jadi ambil masa banyak mana pun untuk melupakan si dia. Mungkin anda akan dapat pasangan yang lagi baik dan sesuai dengan anda di kemudian hari. Ingat ! Allah sebaik-baik perancang.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!