Suka Sangat Buat Sambal Cili, 9 Tips Hilangkan Rasa Pijar Pada Tangan Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Suka Sangat Buat Sambal Cili, 9 Tips Hilangkan Rasa Pijar Pada Tangan

Share

Rajin sangat memasak tapi petua orang lama tak tahu. Ini gunakan tanya orang lama petua di dapur. Pijar atau panas tangan lepas memotong dan menumbuk cili selalu jadi bila nak buat sambal. 

Kulit sensitif akan rasa pijar yang lama. Kalau tersentuh mata, lagi rasa pedih sampai keluar air mata. Walaupun basuh tangan rasa panas tu masih ada. Gunakan petua ini untuk hilangkan pijar dengan cepat.

Sabun Cuci Pinggan

Basuh tangan dengan air suam dan sabun cuci pinggan. Basuh tangan seperti biasa. Gosok celah celah jari, setiap jari dan pergelanggan tangan.

 

Keluli

Sudu, garfu atau apa sahaja bahan dari keluli. Contohnya sudu. Gosok sudu pada tangan beberapa minit. Bilas dengan air. Pasti rasa pijar akan hilang serta merta.

 

Minyak Masak

Dah alang alang dekat dapur sambil memasak tu, paling mudah sapukan minyak masak pada tangan. Sapu hingga rasa pijar hilang dan basuh!

 

Garam Atau Gula

Rendam tangan dalam air gula atau garam. Campurkan air suam dan masukan garam atau gula. Rendam sekejap. Untuk cara yang lagi mudah, gosokan tangan dengan garam atau gula. Gosok beberapa minit dan biarkan. Lepas tu, cuci tangan guna air bersih.

 

Beras

Beras pun membantu untuk hilangkan rasa panas cili pada tangan. Genggam beras atau masukan tangan dalam beras. Tapi pastikan tangan bersih dan kering dulu tau!

 

Sos Tomato

Sediakan sos tomato dalam satu bekas, masukkan tangan korang. Biar 15 minit. Cuci tangan macam biasa. Mudahkan? Cuma membazir jela.

 

Asam Jawa

Masukkan asam jawa dalam bekas yang berisi air dan rendam tangan. Rasa pijar akan hilang.

 

Susu

Tak kisah susu pekat atau susu cair. Tuang susu dalam bekas dan rendamkan tangan. Kalau nak lagi cepat, susu sejuk. Biarkan sehingga pijar pada tangan hilang.

 

Kelapa

Zaman sekarang susah sikit nak ada hampas kelapa dekat rumah. Tapi kalau korang ada, gunakan hampas kelapa untuk hilangkan pijar pada tangan. Ramas hampas kelapa sampai hilang rasa pijar.

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!