Tajamkan Jawline Untuk Wajah Yang Menggoda - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan Trend

Tajamkan Jawline Untuk Wajah Yang Menggoda

Share

Apa itu jawline? Jawline atau tulang rahang pada bahagian muka dari tepi bawah telinga hingga dagu. Jawline berbentuk V sangat diidamkan oleh semua orang. Selebriti ternama seperti Angelina Jolie, Jennifer Lopez, Kila Fairy, mahu pun model terkenal Alicia Amin masing-masing mempunyai jawline yang jelas dan on point sebagai ‘aset’ apabila bergambar.

Untuk dapatkan jawline yang tajam dan cantik anda perlu lakukan senaman ringkas. Jika anda ada masalah pipi tembam dan double chin juga boleh amalkan senaman ini. Lakukan sekerap mungkin supaya wajah anda kelihatan seperti model antarabangsa.

Sebut Huruf

Sebutkan huruf A, E, I, O, U dan huruf X dan O dengan pergerakan membuka dan menutup mulut dengan betul. Lakukan senaman ini dengan kerap terutama di waktu pagi dan malam. Jangan malas jika anda inginkan wajah yang kurus dan runcing.

Senaman Otot Muka

Sebut Ma, Me, Mi, Mo, Mu. Teknik ini dikenali di Korea untuk menguatkan otot dan juga dapatkan bibir yang cantik. Lakukan pada waktu lapang.

Tepuk Dagu

Tepuk bawah dagu anda menggunakan belakang tangan dengan perlahan. Kaedah ini untuk mengurangkan dagu berlapis. Selain itu, jangan lupa jaga pemakanan!

Muka Ikan

Sedut pipi ke dalam dan senyum. Tahan selama 5 saat dan ulang beberapa kali. Fish face akan bantu membentukkan otot pipi dan menaikkan tulang pipi.

Tutup Dan Kembungkan Mulut

Tutup mulut dengan rapat dan kembungkan pipi anda, tahan selama 5 saat. Lakukan pergerakan yang sama di pipi kanan dan kiri selama 5 saat.

Senyum

Tidak rugi jika anda sentiasa senyum. Selain memberikan pandangan yang manis, ia juga membentukkan wajah anda. Senyum selebar-lebarnya sambil merapatkan bibir dan bertahan selama 15 saat. Kemudian, lakukan pula senyuman lebar dengan menampakkan gigi dan juga bertahan selama 15 saat. Ulang pergerakan ini beberapa kali. Siapa sangka selain dapat jawline yang cantik, anda juga dapat pasangan hidup. Cubalah!

Gula-Gula Getah

Mengunyah adalah salah satu pergerakan yang boleh membantu anda dapatkan jawline yang diidamkan. Tetapi jangan pula anda makan tanpa berhenti. Kunyah gula-gula getah sekurang-kurangnya sekali sehari untuk membentuk garis rahang.

Kurangkan Perisa Makanan

Elakkan makanan yang terlalu banyak perisa tambahan seperti makanan ringan dan makanan segera. Makanan berperisa bukan sahaja menjadi lemak terkumpul di bahagian badan sahaja, ia juga boleh tembamkan pipi anda. Mulai sekarang makan makanan yang sihat.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!