Tak Ada Dara Penyebab Tak Boleh Kahwin? - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Sihat

Tak Ada Dara Penyebab Tak Boleh Kahwin?

Share

Dara, tak dara masih lagi menjadi isu penting. Rasa bukan lelaki je tak tahu apa itu dara, ada juga golongan perempuan yang sebenarnya tak tahu pun dara tu macam mana. Ada sesetengah kita, kalau tahu je si perempuan tak ada dara kemain seronok bergosip. Macam-macam cerita keluar, padahal kita pun tak tahu apa sebenarnya selaput dara tu.

Tahu tak dara tu dekat mana? Dara tu wujud tak? Ada yang terlalu ‘arif’ sampai tengok tapak kaki pun boleh tahu perempuan tu masih ada dara atau tak. Dahsyat betul ilmu pengetahuan dia. Tambahkan ilmu anda pasal dara ni, takla suka hati je nak judge orang.

Selaput Dara

Selapaut dara dalam Bahasa Inggeris adalah Hymen yang meliputi saluran pembukaan vagina atau faraj. Lapisan tersebut berbeza-beza pada setiap wanita.

Ini adalah jenis Hymen disediakan oleh Doktor Kesihatan Wanita & Kehamilan, @muhammadeizat daripada @MedTweetMYHQ.

 

 

Dara pecah atau koyak tidak semestinya individu tersebut pernah melakukan hubungan kelamin. Kejadian pecah dara juga boleh terjadi apabila perempuan tersebut melakukan aktiviti lasak. Berbasikal, berenang, mendaki dan sebagainya.

Alahai, sebenarnya ada saja perempuan yang pernah melakukan seks tapi tak pecah dara. Haa, tak percaya, kan?

 

 

Lapisan selaput dara bukan menutup kesemua laluan faraj. Kalau dah tutup semua, macam mana darah kotor atau period nak keluar setiap bulan? Jadi, selaput tersebut hanya menutup sebahagian laluan sahaja.

Satu lagi, tak semua perempuan lahir mempunyai selaput dara, jadi jangan pandai-pandai judge perempuan yang tak ada dara. Tak boleh menilai dari mata kasar pun!

Tetapi ada juga kejadian seorang perempuan mengalami selaput dara menutup penuh pembukaan vagina. Mungkin dia akan mengalami penyakit Imperforated Hymen iaitu laluan darah terhalang untuk keluar.

 

 

Kepada si lelaki pula kalau kahwin dengan perempuan tak ada dara, dunia macam nak pecah! Takut sangat isteri tak ada dara. Kepercayaan selaput dara pecah dan berdarah di cadar apabila pertama kali melakukan hubungan kelamin adalah salah sama sekali!

Selaput dara bukan seperti belon, cucuk terus meletup. Ia boleh melentur seperti getah. Jika pertama kali melakukan hubungan seks, mungkin selaput dara sekadar meregang dan beralih sedikit daripada kebiasaan.

Suami, jangan bertindak melulu. Sabar dan tenang, yang penting janganlah marah isteri tu. Mungkin pengantin baru perlu melakukan hubungan kelamin beberapa kali barulah berlaku sedikit pendarahan. Sikit je tau! Bukan macam tumpah darah tu.

 

 

Sekarang janganlah kita menilai seseorang daripada selaput dara sahaja. Penuhkan ilmu pengetahuan lebih penting daripada pandai menghukum seseorang. Yang penting, jaga diri masing-masing.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!