Tak Ada Jerawat Tapi Masalah Kulit Kering. Cuba 'Moisturize' Kulit Korang Menggunakan Bahan Semula Jadi Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan

Tak Ada Jerawat Tapi Masalah Kulit Kering. Cuba ‘Moisturize’ Kulit Korang Menggunakan Bahan Semula Jadi

Share

Muka korang tak ada masalah jerawat, tapi masalah kulit kering pula. Nak guna krim sebarangan takut jadi makin teruk.

Apa kata cuba bahan semula jadi terlebih dahulu. Tak ada kesan sampingan dan lebih jimat.

Buah Betik

Guna saja buah betik. Kisar setengah biji buah betik, sebiji limau nipis dan setengah sudu kecil serbuk kayu manis. Simpan dalam bekas bertutup dan masuk dalam peti sejuk. Sapukan campuran betik pada muka setiap malam. Muka korang confirm glowing.

 

Avokado

Hancurkan avokado dan campurkan dengan susu segar. Larutkan sehingga pekat seperti mask. Sapu pada seluruh kulit muka korang. Berikan keutamaan pada bahagian yang mempunyai masalah liang pori besar dan kering. Jadikan sebagai rutin. Lihatlah hasilnya!

 

Kuning Telur

Gunakan kuning telur. Seeloknya kuning telur ayam kampung. Campurkan sedikit dengan madu asli. Kacau sampai sebati, sapukan pada muka dan biarkan tiga hingga lima minit. Kemudian, basuh muka korang. Amalkan setiap hari. Mesti rasa licin je kulit muka.

 

Madu

Madu ni banyak sangat khasiat tersembunyi. Sampai kulit kering pun madu boleh tolong. Caranya, campurkan madu, gula dan pisang yag sudah dilenyek. Sapu pada muka secara perlahan. Biarkan kering dan bilas seperti biasa.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!