Tak Nak Muka Nampak Kusam, Hijabis Perlu Tahu Pilih Tudung Ikut Warna Kulit Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Tak Nak Muka Nampak Kusam, Hijabis Perlu Tahu Pilih Tudung Ikut Warna Kulit

Share

Pernah tak rasa muka nampak kusam dan tidak berseri walaupun dah put on make-up? Sebenarnya bukan salah make up atau pakaian yang dikenakan, tapi salah pilih warna tudung. So hijabis, sebelum keluar berjalan, anda perlu check semula pilihan warna tudung yang akan digayakan.

Mungkin ia akan mengambil masa yang lama untuk memilih warna yang sesuai dengan baju tapi jangan give up dan terus memilih hitam. Anda perlu tahu bahawa banyak lagi warna yang sesuai dengan penampilan anda. Actually, tak susah pun sebab pilhan warna tudung ini perlu banyak try and error, kalau tak sesuai dengan baju, senang je thank you, next!

Kulit Hitam Manis

Masih ramai lagi ke rasa rendah diri dengan warna kulit hitam manis ni? Berbanggalah anda sekiranya mempunyai kulit hitam manis kerana ia mempunyai kemanisan yang tersendiri. Warna tudung yang paling sesuai digayakan adalah warna-warna pastel serta keemasan kerana ia akan menaikkan lagi seri wajah anda. Please elak warna gelap seperti hitam atau coklat kerana kulit anda akan kelihatan malap dan tidak bermaya.

Kulit Sawo Matang

Tona kulit sawo matang sedikit cerah berbanding si hitam manis, warna tudung yang sangat perfect untuk digayakan adalah warna pastel dan gelap. Warna seperti pink belacan, lavender, maroon atau biru gelap membuatkan anda kelihatan cerah dan ayu. Say no, kepada warna yang terlampau lembut atau terlampau gelap kerana ia hanya akan menjadi mimpi ngeri kepada anda.

Kulit Kuning Langsat

Anda yang mempunyai tona kulit ala-ala gadis heroin novel ini tidak perlu risau, warna kulit jenis ini sesuai menggayakan dengan pelbagai warna. Tetapi, warna yang paling in dengan anda pastinya warna-warna cerah seperti kuning cair atau pun biru cair, membuatkan wajah anda kelihatan segar. Sebelum wajah anda Nampak extra pucat, warna tudung yang perlu dielakkan adalah warna oren dan warna krim.

Kulit Cerah Atau Putih

Ramai yang sangka memiliki warna kulit cerah sesuai menggayakan pelbagai warna tudung. Sebenarnya bukan semudah itu ye wahai hijabis dan gadis-gadis sekalian. Warna tudung paling sesuai dengan tona kulit seperti ini adalah warna solid seperti merah, hijau dan hitam.

Anda yang berkulit cerah juga sangat sesuai menggayakan variasi warna tudung gelap dan cerah. Awas!, elakkan pemakaian warna tudung terlampau lembut seperti baby blue atau soft pink kerana wajah anda akan kelihatan pucat seperti orang sakit.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!