Tak Salah Bercinta Dengan Duda, Tapi Pastikan Korang Tahu Perkara Basic Ni - Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Tak Salah Bercinta Dengan Duda, Tapi Pastikan Korang Tahu Perkara Basic Ni

Avatar
Share

Jodoh bukan sesuatu yang main main. Jodoh juga bukan boleh minta ikut kehendak hati. Jodoh adalah rahsia dan sangat seronok bila dapat dirasai dengan pasangan.

Jodoh boleh dengan sesiapa sahaja, orang bujang, yang lebih berumur, lebih muda atau duda. Yang penting, elak bercinta dengan suami orang! Kalau sedang berkenalan dengan lelaki berstatus duda, pastikan dia seorang lelaki yang baik untuk jaga korang. Nak tahu si duda ni sesuai tak untuk jadi suami, jom tengok tiga perkara asas ini!

Ciri Kebapaan

Korang berkenalan dengan duda ada anak atau tak? Kalau yang sudah ada anak, tengok gelagat mereka. Adakah bila bersama anak, si dia garang dan tegas atau terlalu menurut kata anak. Kalau dia kenalkan korang dengan anaknya, bermaksud dia sangat pentingkan anak dari segala hal. Kalau dah kenalkan anak, korang tahulah maksudnya. Tak lama lagi, mungkin korang jadi seorang ibu?

 

Bercerita Kisah Silam

Bila dah status duda, sebelum melangkah lebih jauh mesti kena tahu kisah dia dengan bekas isteri. Dari gaya bercerita, mengendali masalah semasa situasi berlaku dan cara toleransi dengan bekas isteri. Semua aspek korang kena faham dan lihat adakah si dia calon suami terbaik untuk korang.

 

Cara Handle Masalah

Kalau korang dan dia ada masalah, tengok cara si dia menyelesaikannya. Dia lebih kepada bertindak agresif, adil, manipulatif atau berdiam diri? Kalau si dia boleh berbincang dengan baik, bercakap dengan lembut maksudnya dia memang seorang yang layak menjadi teman hidup. Kalau tindakan sebaliknya, korang kena fikir mengapa dia ditinggalkan. Faham?

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!