Takut Dapat Lelaki 'Anak Emak'? Ini Adalah Ciri-Ciri 'Anak Emak' Yang Korang Kena Tahu Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Trend

Takut Dapat Lelaki ‘Anak Emak’? Ini Adalah Ciri-Ciri ‘Anak Emak’ Yang Korang Kena Tahu

Share

Ada orang kata lelaki ‘anak emak’ ni susah nak jaga sebab dia akan lebihkan mak sendiri. Atau emak si dia akan control anak lelaki dia. Tapi ada juga yang cakap, siapa dapat pasangan ‘anak emak’ ni tersangatlah bertuah sebab mereka pandai ambil hati. Bukan ambil hati mak dia saja, ambil hati korang dengan ibu bapa korang juga. Best, kan?

‘Anak emak’ yang pandai ambil hati ni, memang tak ada masalah. Perwatakan dia membuatkan perempuan mudah ‘cair’ dan disenangi ramai. Apa ciri-ciri positif mengenai lelaki ‘anak emak’? Haa ini dia, kalau semua ni ada pada pasangan korang, tolong jaga baik baik ya!

Menghormati

Ini paling penting! Nak lelaki yang jenis hormat orang tua? Pandai ambil hati orang tua? Pilih anak emak, confirm tak ada masalah. Mereka ni memang jenis hormat ibu bapa, jadi secara automatik akan hormat semua orang. Tak akan ada masalah pasangan tak reti hormat orang tua. Jadi, apa tunggu lagi!

 

Bertanggungjawab

Mestilah nak pasangan yang bertanggungjawab, kan? Bukan setakat pandai ‘beli’ jiwa je. Biasanya anak emak menjalankan tanggungjawab dengan baik dan bijak menyelesaikan masalah. Segala masalah yang datang boleh dibawa berbincang. Kan elok dari bergaduh gaduh.

 

Memahami

Lelaki macam ni selalunya lebih alert dan teliti mengenai perempuan sebab dia akan memenuhi keperluan dan faham perasaan seorang ibu. Jadi, dia akan buat benda yang sama pada pasangan dia. Tak rugi kahwin dengan anak emak.

 

Romantik

Bila pasangan anak emak, jiwa dia romantik dan penuh dengan kejutan. Tunggu jela special date, mesti ada sesuatu yang menanti.

 

Gentleman

Gentlemen bermaksud cakap lemah lembut, bila berborak ayat yang dikeluarkan baik je, sangat menghormati perempuan, rajin dan pandai jaga hati. Siapa tak nak lelaki macam ni, kan? Kita pun berbunga je selalu.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!