Tanaman Ini Mampu Membersihkan Udara Di Dalam Rumah - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Tanaman Ini Mampu Membersihkan Udara Di Dalam Rumah

Share

Sudah banyak berhabis duit untuk menghias rumah mengikut citarasa tersendiri. Pilihan warna, tema dan cara mengatur perabot sudah cantik dan tersusun. Tetapi ada sesuatu yang tidak cukup iaitu penapis udara.

Sudah banyak penapis udara yang dijual tetapi apa kata cuba penapis udara semula jadi bukan sahaja cantik malah bertindak meningkatkan kualiti udara di dalam rumah. Murah pun murah, anda juga dapat menyejukkan mata dengan pemandangan hijau.

Mari lihat tanaman yang sesuai untuk dijadikan hiasan di dalan rumah. Tapi hati-hati ada tanaman yang tidak sesuai seperti mudah mati dan bertoksik untuk di letakkan di dalam rumah.

Lidah Buaya

Lidah Buaya

Cukup dikenali dengan nama aloe vera. Tanaman ini bukan sahaja sesuai untuk menjaga kulit malah mampu membunuh kimia bahaya seperti benzene dan formaldehid.

Sesuai di letakkan pada sudut ruang tamu atau bilik. Sekali-sekala anda boleh gunakan gel daun lidah buaya dan jadikan sebagai mask!

Lidah Mertua

Lidah Mertua

Agak menakutkan nama tanaman ini tapi banyak manfaatnya. Nama lain pokok ini adalah sansevieriaIa berfungsi untuk menyerap racun dalam udara dan menyegarkan udara sekeliling.

Letak di ruang tamu atau di kawasan tempat makan anda.

Monstera Deliciosa

Monstera Deliciosa

Tanaman ini tidak rendang malah ia semakin meninggi. Monstera deliciosa boleh perbaiki kualiti udara, menyerap karbon dioksida pada waktu malam dan menyerap formaldehid dalam udara.

Sesuai di letak pada dinding kosong.

Dracaena

Dracaena

Spesies pokok ini juga semakin meninggi dan mempunyai daun yang halus. Tanaman ini boleh menjadi penapis udara yang berkuap dan berpeluh.

Jika anda tidak membuka tingkap dengan kerap, pastikan pokok ini ada di rumah kerana ia membantu menyegarkan udara dan hilangkan bau.

Sirih Gading

Nama lain adalah Devil’s Ivy. Pokok daun comel ini sesuai di letakkan dalam pasu yang boleh digantung. Tanaman ini menyerap formaldehid dan toksin yang tidak baik dalam udara.

Formaldehid adalah bahan kimia tidak berwarna yang mudah terbakar dan mempunyai aroma yang tajam kepada manusia.

Spider Plant

Spider Plant

Pokok yang kecik dengan daun yang banyak mempunyai daya penyerapan yang sangat tinggi. Ia menyerap racun-racun di udara. Tanaman ini mampu menyerap racun udara sehingga 90% dalam masa 2 hari.

Bayangkan jika anda letakkan tanaman ini di atas meja, udara di rumah anda sememangnya akan bersih sepanjang hari.

Pakis Boston

Pokok ini nampak eksotik dan sesuai dengan tema kayu. Tumbuhan spesies ini membantu membersihkan dan melembapkan udara sekeliling.

Anda boleh gantung di dalam bilik tidur supaya kulit anda tidak kering.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!