Tanda Awal Kanser Payudara Yang Wanita Perlu Peka - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Sihat

Tanda Awal Kanser Payudara Yang Wanita Perlu Peka

Share

Faktor utama kematian wanita di Malaysia adalah disebabkan kanser payudara. Kanser ini boleh dirawat sekiranya dikesan dari awal. Tetapi tidak semua wanita peka dengan kesan awal kanser.

Malah ada juga masih tidak ketahui cara memeriksa sendiri kesihatan payudara di rumah. Selain itu, wanita yang berusia 20 tahun ke atas perlu membuat pemeriksaan berkala setiap bulan untuk mengelakkan daripada perkara yang lebih serious berlaku.

Semak tanda-tanda awal kanser payudara. Jika ada berlaku kemusykilan, segera dapatkan rawatan di hospital.

Ketulan

Periksa payudara anda dengan membuat gerakkan di sekeliling payudara. Jika terdapat ketulan di sekitar payudara dapatkan rawatan segera.

Ada juga sesetengah wanita mempunyai ketulan tetapi bukan punca kanser payudara. Mahu tidak mahu, jika terdapat ketulan dapatkan pengesahkan daripada doktor. Jangan ambil ringan dan abaikan sahaja.

Di sini ciri ketulan yang mungkin bukan penyebab kanser. Ketulan yang hilang selepas didatangi haid, ketulan yang lembut, mempunyai beberapa ketulan di payudara dan terdapat ketulan di payudara sebelahnya.

Ini pula ciri ketulan yang mungkin punca kanser. Ketulan keras pada payudara atau bawah ketiak, mempunyai satu ketulan, kulit payudara mula mengecut, keluar cecair dari ketulan tersebut dan tidak ada ketulan pada payudara sebelahnya.

Keluar Cecair

Terdapat 2 jenis cecair iaitu cecair yang jernih dan cecair bercampur darah. Cecair jernih dan tidak mempunyai warna bermaksud kanser yang masih boleh dirawat dan masih di tahap awal.

Anda masih berpeluang untuk menghindari kanser tersebut. Tetapi cecair yang bercampur darah yang berwarna merah atau coklat adalah kanser di tahap bahaya dan diwajibkan dapat rawatan selanjutnya secepat mungkin.

Warna Kulit Payudara

Kulit payudara kelihatan merah atau gelap di satu bahagian. Perbezaan warna kulit ini adalah tanda kanser.

Apabila disentuh, bahagian berwarna merah akan terasa panas atau hangat daripada suhu badan biasa. Selain itu terdapat kesan bengkak di bahagian yang berwarna merah.

Terasa Gatal

Tanda kanser payudara adalah terasa gatal pada bahagian puting. Kulit di sekeliling payudara juga akan mengelupas dan sakit.

Kulit adalah bahagian yang sensitif dan peka terhadap kanser, dapatkan rawatan segera.

Saiz

Perubahan saiz payudara sememangnya berbeza jika dibandingkan semasa mengalami perubahan hormon remaja ke dewasa.

Tetapi perubahan saiz tanpa sebab adalah tanda kanser payudara. Perubahan payudara yang semakin kendur dan tidak tegang seperti biasa adalah tanda kanser.

Sakit Yang Tidak Hilang

Sakit payudara semasa kehamilan atau didatangi haid adalah normal. Pada satu masa akan hilang dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Namun, jika kesakitan yang tidak hilang dan saiz payudara semakin membesar boleh jadi kanser payudara mula menyerang.

Jika berlakunya kejadian ini, segara dapatkan nasihat doktor, jangan sentuh payudara anda dengan tekanan yang kuat dan jangan menggunakan minyak atau ubat sapu sebarangan.

Keadaan Payudara Tidak Normal

Wanita normal memiliki puting yang keluar menonjol. Tetapi kepada yang menghidapi kanser payudara, puting akan masuk ke dalam.

Periksa keadaan payudara anda dan pastikan semua dalam keadaan normal.

Kedutan

Semakin meningkat umur, kedutan pada bahagian tubuh adalah perkara biasa. Tetapi menjadi luar biasa jika kedutan di bahagian payudara pada usia yang muda.

Kedutan yang berkaitan dengan kanser akan kelihatan kasar pada bahagian tertentu sahaja dan berwarna gelap.

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!