Tersalah Beli Saiz Kasut Atau Jumpa Kasut Lama? Guna Teknik Kembangkan Kasut - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan

Tersalah Beli Saiz Kasut Atau Jumpa Kasut Lama? Guna Teknik Kembangkan Kasut

Share

Perempuan dan kasut berpisah tiada. Setiap majlis mesti ada kasut tertentu yang dikhaskan. Kadang-kadang terlalu banyak kasut sampai terlupa kasut yang pernah dibeli tetapi masih tidak pakai.

Atau kejadian ysng selalu berlaku, bila mengemas baru jumpa kasut yang sudah lama tidak dipakai tapi masalahnya kaki sudah bertukar saiz mungkin besar sedikit daripada sebelumnya.

Atau anda beli kasut online tapi saiz terkecil daripada kaki anda.

Jangan buang dulu, sayang duit anda yang berhabis pada kasut. Cuba teknik membesarkan saiz kasut supaya anda tidak melecet pada jari atau belakang kaki.

Shoe Stretcher

Kegunaannya mestilah khas untuk mengembangkan kasut. Tapi shoe stretcher mempunyai banyak jenis seperti khas untuk kasut lelaki, kasut wanita, heels, flat dan kasut sukan.

Jika anda mampu membeli semua jenis shoe stretcher, ia akan memudahkan kerja anda. Kasut pun tidak rosak.

Pengering Rambut

Teknik ini sesuai digunakan untuk kasut jenis kulit. Caranya pakai stoking seperti biasa dan pakai kasut tersebut. Cari stoking yang tebal sedikit, hidupkan pengering rambut dengan tahap kepanasan yang paling tinggi. Blow sekeliling kasut selama 30 minit.

Tujuan memakai stoking untuk mengelakkan kulit anda panas terkena haba daripada pengering rambut. Haba pengering rambut akan mengembangkan kasut anda.

Peti Sejuk

Isikan air dalam plastik atau ziplock, pastikan tidak bocor. Kemudian, masukkan plastik berisi air ke dalam kasut. Masuk sampai hujung kasut. Simpan kasut yang berisi beg air dalam peti sejuk. Ia membantu mengembangkan kasut.

Tapi pastikan tiada ikan atau ayam dalam peti sejuk nanti bercampur-campur pula.

Tags:

You Might also Like

2 Comments

  1. nurul husna September 4, 2020

    Kalau jenis sneaker airmax blh guna cara ni ke?

    Reply
  2. BackPackerz September 8, 2020

    Boleh try, airmax pun jenis kasut mengembang sikit

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!