Tidak Mahu Nampak Tua Sebelum Usia, Amalkan Makanan Anti Penuaan Untuk Kekal Awet Muda - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan

Tidak Mahu Nampak Tua Sebelum Usia, Amalkan Makanan Anti Penuaan Untuk Kekal Awet Muda

Share

Selain penjagaan kulit muka menggunakan produk di pasaran, anda juga perlu menjaga makan untuk mengatasi masalah kedutan pada kulit. Kedutan kulit membuatkan anda nampak lebih tua walaupun anda belum mencecah 30 tahun.

Kekalkan kulit muda anda untuk nampak menawan dan cantik dengan amalkan makanan yang boleh membantu melambatkan proses penuaan.

Buah Betik

Jarang dengar buah betik dapat membantu kekalkan awet muda. Sebenarnya buah betik banyak kandungan vitamin dan mineral untuk memulihkan kulit yang rosak dan kurangkan garis penuaan. Makan buah betik akan mencerahkan kulit anda.

Buah Delima

Sebenarnya buah delima banyak khasiat seperti baik untuk ibu mengandung, kurangkan risiko kencing manis, kurangkan berat badan dan paling penting mengekalkan awet muda. Buah delima mempunyai kolagen yang melambatkan proses penuaan kulit. Amalkan makan buah delima supaya nampak muda dan sihat.

Buah Beri

Makan buah beri sebanyak mungkin! Ia kaya dengan vitamin A dan C untuk kekalkan kolagen dan kurangkan kedutan kulit. Amalkan makan buah beri seperti strawberi, blueberry dan raspberry.

Buah Avokado

Avokado sedap dimakan begitu sahaja, rasa yang manis bercampur kelat dan lemak yang sedap. Ia juga mengandungi vitamin A, C, E dan K. Khasiat lain seperti potasium untuk melambatkan proses penuaan dan mampu melawan radang asid lemak yang boleh melicinkan dan menggebukan kulit anda!

Kacang Almond

Kacang almond kaya dengan vitamin E yang bertindak sebagai pelindungan kulit daripada sinaran UV, melembapkan kulit dan menghasilkan kulit baru. Khasiat ini boleh melambatkan kedutan pada wajah dan sentiasa nampak muda.

Ubi Keledek

Kaya dengan vitamin C dan E. Ubi keledek membantu menganjalkan dan melembapkan kulit. Ia juga menghalang kulit daripada kekotoran.

Brokoli

Brokoli sedap dan banyak khasiatnya seperti vitamin C dan K. Ia juga menghasilkan kolagen dan anti oksidan yang mengekalkan keanjalan kulit.

Sayur Bayam

Sayur bayam juga boleh mengurangkan keradangan dalam sel kerana mempunyai vitamin K. Selain itu, ia juga anti penuaan, melicinkan kulit dan menguatkan akar rambut. Jadi, hidangkan bayam dalam menu harian anda.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!