Tidak Rugi Memilih Wanita Yang Mempunyai Kucing Sebagai Pasangan Hidup - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Tidak Rugi Memilih Wanita Yang Mempunyai Kucing Sebagai Pasangan Hidup

Share

Artikel lepas anda sudah membaca mengenai mengapa lelaki pencinta kucing sesuai dijadikan pasangan. Hari ini, lihat pula mengapa wanita pencinta kucing layak dijadikan isteri.

Kepada lelaki yang masih mencari-cari pasangan hidup, anda boleh mulakan mencari wanita yang mempunyai kucing. Pasti anda jatuh cinta!

Boleh Berbincang

Selalu berkomunikasi dengan kucing bukan bermakna gila atau kesunyian. Ia sebenarnya salah satu terapi dan membina hubungan antara kucing dengan tuannya. Wanita yang selalu berbual atau meluahkan perasaan kepada kucing adalah seorang yang periang dan baik hati. Mereka juga mudah memahami pasangan dan boleh dibawa berbincang secara baik. Berbincang dengan baik adalah jalan paling bagus untuk menyelesaikan masalah, bukan terjerit-jerit atau meningking antara satu sama lain.

Bertanggungjawab

Lihat sahaja keadaan kucing yang dijaga. Jika terurus, cantik, bersih dan sihat bermakna wanita itu seorang yang bertanggungjawab. Dia menjaga kucing dengan penuh kasih sayang. Sediakan makanan, tempat tidur, permainan, menjaga kesihatan kucing dan sebagainya adalah tanggungjawab berat. Ia bermaksud wanita ini tahu menjalankan tanggungjawab dengan baik. Dia akan menjadi isteri mithali kepada suaminya.

Penyayang

Wanita yang memiliki kucing atau sayangkan kucing adalah wanita yang penyayang dan lemah-lembut. Walaupun secara luaran nampak kasar, tapi bila dengan kucing kesayangan pasti bertukar menjadi wanita melayu terakhir. Jadi, tidak salah jika lelaki memilih wanita yang sayangkan kucing kerana sifat yang lembut dan penyayang sangat ketara dalam dirinya.

Setia

Penjaga kucing selalunya setia! Seharian penat bekerja tetapi masih mampu melayan kerenah kucing di rumah. Ini adalah salah satu petunjuk bahawa wanita begini sangat setia, tidak mudah tawar hati atau beralih hati. Mereka akan setia bersama pasangan sampai bila-bila.

Sabar Dan Rajin

Perhatian kepada lelaki, tidak semua wanita memiliki perasaan sabar begitu juga lelaki. Wanita mempunyai kucing mempunyai sifat sabar yang tinggi kerana sanggup mengemas rumah setiap hari dan membersihkan kawasan kucing bermain. Lihat sahaja rumahnya, jika bersih dan kemas maknanya wanita tersebut sangat rajin.

Suka Menolong

Sentiasa membawa makanan kucing di dalam beg, membantu kucing yang sedang sakit dan sanggup menghabiskan duit untuk kucing kesayangan. Wanita begini memang layak dijadikan sebagai pasangan hidup. Sifat ini bukan diberikan kepada kucing sahaja, malah kepada sesiapa yang memerlukan pertolongan.

Calon Ibu

Lelaki memerlukan wanita untuk dijadikan isteri dan ibu kepada anak-anaknya. Anak-anak memerlukan perhatian, kasih sayang dan penjagaan yang teliti. Kepada lelaki, pilihan yang tepat jika anda memilih wanita yang mempunyai kucing kerana mereka akan menjalankan tugas sebagai ibu dengan baik. Segala perkara akan dibuat dengan teliti dan berhati-hati. Tapi jangan pula lelaki melepaskan tanggungjawab. Buat bersama barulah hidup lebih bahagia.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!