Tidak Tahu Ada Lelaki Sukakan Anda, Jika Si Dia Buat 5 Perkara Ini Bermaksud Memang Anda Pilihan Hatinya! Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Sihat

Tidak Tahu Ada Lelaki Sukakan Anda, Jika Si Dia Buat 5 Perkara Ini Bermaksud Memang Anda Pilihan Hatinya!

Share

Lelaki susah nak meluahkan perasaan secara jelas, ada sahaja taktik yang dia gunakan untuk memberikan anda hint mengenai perasaannya. Jauh sekali untuk ucapkan melalui kata-kata tetapi dia gunakan bahasa badan dan tingkah laku.

Jika anda perasan, lelaki yang cuba dekati anda tidak menggunakan tanda-tanda yang jelas tetapi memberi isyarat dengan penuh makna. Anda masih tidak dapat ‘tangkap’ makna itu. Jangan terlepas, belajar bahasa cinta lelaki untuk memudahkan anda. 

Senyuman

Apabila anda berjalan ke arahnya, dia tersenyum seperti nampak bidadari. Mungkin dia berasa lega dapat melihat anda dalam satu hari. Jika lelaki nampak anda dan tidak memberi sebarang riaksi, bermakna lelaki tersebut tidak kisah pasal anda. Tetapi bila nampak dia gembira lain macam maknanya dia sukakan anda!

Bertanya

Pantang hilang di mata, pasti dia tertanya-tanya anda ke mana. Ada pula yang akan bertanya kepada rakan karib anda, ada juga yang bertanya secara random. Tiba-tiba sahaja rakan-rakan memberitahu bahawa dia selalu bertanya tentang diri anda. Maklumlah awal-awal masih malu untuk bertegur.

Pandangan Mata

Apabila seorang lelaki berani bertentangan mata dengan anda bermaksud dia cuma untuk memberitahu perasaannya. Ketika berbual dia akan pandang tepat ke dalam mata anda seperti tiada orang lain di sekeliling. Jadi, jangan ragu-ragu untuk anda luahkan perasaan juga.

Bahasa Badan

Lelaki akan usaha buat pasangannya selesa. Si dia akan memberikan keselesaan dan layanan yang terbaik. Sebagai contoh, memberi anda tempat duduk, memberikan jaket untuk anda dan sebagainya. Anda perlu faham dan memberi tindak balas jika dia ada tanda-tanda cuba untuk memikat hati.

Masakan

Orang tua-tua cakap, kalau nak pikat hati lelaki, pikat dengan masakan. Tetapi untuk memikat hati perempuan, lelaki sanggup memasak makanan istimewa untuk wanita idamannya! Jika si dia memasak, anda wajib makan dan menilai hasil masakannya. Sebenarnya dia maksudkan bahawa anda adalah orang penting untuk dia bertukar pendapat. Jika masakan dia sedap, anda perlu puji dan jika tidak, anda harus ajar dengan cara yang betul.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!