Tips Hilangkan Jerawat Di Badan - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan

Tips Hilangkan Jerawat Di Badan

Share

Jerawat adalah perkra yang sentiasa memberi masalah kepada setiap orang. Tidak kira jerawat di muka atau di bahagian tubuh lain.
Selain fokus kepada cara merawat jerawat di muka dan memberi keutamaan kepada muka sahaja, bagaimana jika jerawat di badan? Jangan runsing, ikuti tips hilangkan jerawat di badan untuk keselesaan anda.

Mandi

Walaupun penat pulang dari kerja, jangan sesekali anda terus baring. Akibat berpeluh dan kotor akan menggalakkan pembiakan bakteria pada badan.
Seeloknya bersihkan badan dahulu. Jika anda tertidur pun, sekurang-kurangnya badan sudah bersih. Gunakan mandian jenis anti bakteria yang sesuai dengan kulit anda.

Gel

Sapukan gel atau krim yang mengandungi 10% peroxide. Gel ini boleh dibeli di farmasi. Kandungan peroxide adalah untuk mengurangkan jerawat, anda perlu pakai secara konsisten untuk dapatkan kesan yang maksimum.

Skrub Gula

Tujuan skrub adalah membuang kulit-kulit mati dan kotoran di badan. Skrub badan anda setiap minggu atau setiap bulan. Jika kulit anda jenis kulit sensitif, gunakan skrub gula kerana ia lebih lembut daripada skrub garam. Skrub di belakang badan, siku, lutut, punggung dan bahagian yang tersorok dan bahagian celah-celah. Lakukan secara rutin berkala anda akan dapat hasil yang terbaik. Anda boleh membeli skrub di drugstore atau kedai toko jamu.

Skrub Buah

Untuk rawatan skrub buah, anda boleh lakukan di pusat kecantikan atau spa. Skrub ini akan mengeluarkan sisa-sisa kotoran. Amalkan skrub ini 2 hingga 3 kali seminggu selama 3 bulan berturut-turut.

Pakaian

Faktor kebersihan dan penjagaan diri adalah amat penting. Tukar baju atau pakaian anda setiap hari sekurang-kurangnya 2 kali sehari selepas mandi. Jika diri anda bersih, anda juga kelihatan cantik dan kemas.

Keperluan Mandian Dan Tempat Tidur

Bukan hanya menukar baju dengan kerap, malah tuala, cadar, sarung bantal dan selimut juga anda perlu tukar sekurang-kurangnya 2 minggu sekali atau sebulan 2 kali. Ya, anda perlu lakukan perkara ini dengan kerap secara berkala sebab itu sediakan tuala dan alas tempat tidur lebih daripada satu. Jangan sesekali tidur tanpa cadar dan sarung bantal. Rajinkan diri untuk membasuh!

Pemakanan

Cara pemakanan sememangnya memberi kesan kepada kesihatan, maka jaga cara pemakanan anda. Bukan sahaja untuk merawat jerawat di badan, malah jerawat muka juga dapat di atasi jika pemakanan anda sihat dan seimbang. Kurangkan makanan berminyak dan pedas. Banyakkan makan sayuran, buah dan makanan rebus. Selain hindari daripada jerawat, anda juga akan dijauhi daripada sebarang penyakit lain. Oh, jangan lupa minum air kosong setiap hari!

Tekanan

Jangan terlalu stress walaupun hidup anda tidak seperti yang dirancang. Tenang dan nikmati kehidupan seperti tiada masalah. Banyakkan menyertai aktiviti bersama kawan-kawan dan lakukan hobi anda. Jangan lupa jadualkan waktu tidur anda, jangan tidur lewat. Anda juga perlu melakukan perkara wajib untuk mendekatkan diri dengan Allah.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!