Tips Memilih Pewarna Kuku Yang Sesuai Dengan Tona Kulit - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan

Tips Memilih Pewarna Kuku Yang Sesuai Dengan Tona Kulit

Share

Anda sudah menjaga kesihatan kuku. Tambahkan pula sedikit keceriaan kepada kuku.

Warna kuku yang dipilih menunjukkan mood seseorang pada ketika itu. Tetapi tidak semua warna sesuai dengan warna kulit.

Hati-hati ya, jika tersalah pilih warna anda tiada keyakinan diri dan akhirnya akan memadam warna tersebut.

Jangan membazir, sebelum anda membuat keputusan warna apa yang perlu anda pilih, baca dahulu tips pemilihan warna kuku yang sesuai dengan warna kulit.

Kulit Gelap
Kepada yang memiliki warna kulit gelap, jangan bimbang, anda masih berpeluang mewarnakan kuku. Tapi anda seharusnya elak memilih warna pastel atau terang.

Untuk nampak lebih elegen, pewarna kuku yang sesuai seperti maroon, merah jambu yang gelap atau ungu gelap. Jika anda lebih gemar warna semulajadi, pilih warna ‘nude’ atau ‘peach’.

Kulit Sawo Matang
Kebiasaan wanita di Malaysia memiliki tona kulit sawa matang.

Tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap. Tetapi lebih gelap berbanding kulit kategori kuning langsat. Anda hanya perlu memilih warna yang tepat untuk menggayakan hari anda.

Pilih warna mengikut keperluan seperti warna coklat untuk menyerlahkan tona semulajadi.

Merah gelap atau ‘pink beige’ supaya jari anda kelihatan halus dan lentik. Anda juga perlu cuba warna oren untuk nampak lebih ceria dan muda.

Kulit Kuning Langsat
Bertuah kepada pemilik warna kulit kuning langsat ini.

Anda tidak mempunyai banyak masalah untuk memilih pewarna kuku.

Boleh dikatakan semua jenis warna sesuai dengan kulit anda.

Tetapi anda juga boleh mencuba warna coklat lebut atau pastel supaya kuku anda nampak lebih panjang dan runcing.

Warna ‘coral’ atau merah untuk nampak lebih aktif dan yakin.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!