Tips Penting Untuk Wanita Muslim Sewaktu Travel Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Tips Penting Untuk Wanita Muslim Sewaktu Travel

Share

Mesti dah boring duduk rumah, kan? Nak melancong jauh-jauh tak boleh lagi. Apa kata plan holiday dalam Malaysia dulu. Travel tak kisah pun ke mana, janji happy. Lagi best kalau dengan kawan-kawan. Ajak je, confirm semua on!

So kepada wanita muslim kalau nak travel banyak benda juga kena bawa. Tapi janganlah bawa semua, mana boleh kecilkan, kecilkan. Mana boleh tinggal, tinggal je. Yang penting jangan lupa bawa keperluan diri dan solat.

Double Check

Buat checklist! Kalau tak mesti ada je barang tertinggal. Bila tertinggal barang, mood korang mulalah tak okay. Merosakkan hari korang masa bercuti je. Untuk selamat, listkan barang yang korang nak bawa. Before bertolak, check lagi sekali. Kot ada yang tercicir.

 

Beg

Pilih saiz beg yang sesuai dengan barang yang korang bawa. Kalau boleh, elak bawa beg lebih dari dua. Nanti susah nak angkut. Saiz beg mengikut tempoh berapa hari korang bercuti. Masukkan barang penting dahulu. Jangan lupa tinggalkan sedikit ruang kosong. Mana tahu ada beli barang cenderahati.

 

Hair Dryer

Kebanyakan hotel sediakan hair dryer. Kalau korang memang confirm menginap di hotel, tak perlu bawa hair dryer. Kalau tak, bawa hair dryer portable. Takkan korang nak pakai tudung masa rambut lembap? Lepas tu berkepam dalam tudung. Berbau dan tak selesa, kan? Keringkan rambut sebelum keluar ke mana mana.

 

Packing

Ha, kalau barang tak banyak bukan perempuan la kan? Perempuan ni jadi barang banyak sebab perangai ‘in case‘ tu. Untuk memudahkan mengemas barang, bawa banyak dress, jubah, skirt, palazzo, tudung tak perlu iron dan telekung yang nipis. Kurangkan kuantiti barang untuk memudahkan korang juga nanti.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!