);

Type to search

Bae & Beauty Trend

Tips Pilih Cutting Skirt Ikut Body Shape

Share

Korang mesti pernah rasa nak beli skirt tapi tak yakin nak pakai sebab takut bentuk badan tak sesuai. Takut nampak gemuklah, rendanglah, peliklah. Sebelum korang rasa diri tu pelik, korang kena tahu jenis bentuk badan korang.

Setiap potongan badan ada keistimewaan. Tak ada siapa yang nampak pelik kalau pakai skirt cuma kena pandai memilih jenis material dan cutting kain. Lepas tu, bolehlah korang pakai skirt like a princess!

Bentuk Pear

Bahagian atas lebih kecil berbanding bahagian pinggul ke bawah. Cutting flare atau A memang sesuai untuk potongan badan jenis ini.

 

Bentuk Epal

Bahu luas, dada luas, pinggul kecil dan pinggang tak ada shape. Ok, jangan risau masih ada skirt yang sesuai untuk bentuk badan epal. Anda boleh pakai skirt flare cut. Barulah nampak pinggang anda ada shape.

 

Bentuk Jam Pasir

Bentuk badan jam pasir atau houglass shape sesuai pakai skirt cutting mermaid atau trumpet. Sebab dada dengan pinggul hampir sama besar jadi tonjolkan kerampingan pinggang anda barulah nampak lebih feminin dan kecil.

 

Bentuk Lurus

Tiada lekuk badan atau potongan badan hampir sama besar. Badan yang macam ni sesuai pakai skirt cutting mermaid atau A. Serlahkan setiap inci tubuh anda supaya tak nampak macam pembaris!

 

Bentuk Inverted Triangle

Mempunyai bahu yang bidang, dada kecil dan pinggang yang lurus. Jangan malu untuk pakai skirt potongan mermaid atau tulip sebab ia akan menampakkan bentuk badan anda langsing dan lebih keperempuanan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!