Tomato Mampu Hilangkan Mata Panda - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan

Tomato Mampu Hilangkan Mata Panda

Share

Tomato mengandungi vitamin A, B dan C yang membantu pertumbuhan kulit baru. Selain itu ia juga adalah bahan pemutih semula jadi dan boleh mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.

Lingkaran gelap bawah mata atau eyebag membuatkan wajah anda nampak tidak bermaya dan seperti zombie! Faktor eyebag kerana tidur yang tidak teratur, tidak cukup tidur, merokok, dan tekanan bekerja atau belajar. Dengan menggunakan tomato, anda boleh atasi masalah mata panda ini.

Tomato Dan Aloe Vera

Hancurkan tomato dan campurkan dengan gel aloe vera. Sapukan di bawah mata dan biarkan 15 minit. Bilas mata anda dengan air sejuk.

Tomato Dan Lemon

Anda hanya memerlukan 1 sudu jus tomato dan 1 sudu jus lemon. Campurkan dua bahan ini, gunakan kapas untuk letakkan di bawah mata. Biarkan selama 10 minit. Cuci dengan air bersih. Lakukan 2 kali sehari sehingga mata panda anda hilang.

Tomato Dan Ubi Kentang

Sebenarnya ubi kentang ada kegunaan lain selain untuk memasak. Ubi kentang juga boleh memutihkan kulit. Cara-caranya ialah seperti biasa, hancurkan tomato bersama ubi kentang jadikan pes. Ratakan di bawah mata. Biarkan sehingga kering. Cuci menggunakan air bersih. Lakukan sekerap mungkin hingga nampak hasilnya.

Tomato, Daun Pudina Dan Timun

Khasiat tomato adalah pembentukan lapisan kulit baru. Daun pudina pula membantu pigmentasi di bawah mata dan timun untuk menghidrasi kulit. Lumatkan sedikit tomato, timun dan daun pudina, sapu di bawah mata. Biarkan campuran selama 10 hingga 15 minit dan anda boleh cuci. Amalkan setiap hari.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!