Transformasi S.Pavithra cantik persis model - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Trend

Transformasi S.Pavithra cantik persis model

Share

Sebut sahaja nama S.Pavithra, pastinya semua rakyat Malaysia kenal. Youtuber yang semakin melonjak naik namanya kerana video masakan yang semakin tular baru-baru ini.

Semenjak semalam, nama youtuber tersebut semakin disebut orang ramai kerana beliau tampil dengan imej yang sangat berbeza bak model. Hasil dari sentuhan jurusolek Razzi dan pakaian yang cantik dari pereka fesyen yang terkenal.

Pastinya suami kepada S.Pavithra merasa sangat beruntung kerana beliau bukan sahaja pandai memasak, malah sangat cantik secara semulajadi. Apatah lagi jika bersolek. Pastinya semakin berseri. Ibu kepada dua orang anak ini mendapat pujian bukan sahaja daripada netizen, malah artis juga turut teruja dengan perubahan S.Pavithra.

Sikap rendah diri pasangan Sugu Pavithra membuatkan ramai orang selesa dan senang bersama mereka. Video yang mereka kongi di youtube juga mendapat sambutan yang sangat meriah. Sebelum ini mereka telah berkongsi berita gembira apabila mereka berpindah ke rumah baru hasil daripada pendapatannya memuat naik video di Youtube.

Betul orang kata, rezeki tidak akan pernah salah alamat. Cuma cepat atau lambat sahaja.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!