4 Pilihan Kasut Wajib Bagi Lelaki Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Trend

4 Pilihan Kasut Wajib Bagi Lelaki

Share

Pada masa kini, kaum Adam mula menitik beratkan fesyen dan penjagaan diri termasuk mempunyai pelbagai jenis aksesori tambahan, pakaian, dan tidak lupa juga kasut merupakan aset penting sebelum melangkah ke luar rumah. Ada yang menjadikan kasut sebagai salah satu hobi wajib bagi mereka. Kasut juga pelengkap kesempurnaan bagi lelaki yang ingin menampilkan fesyen mereka dan kini mereka tidak mahu kalah dengan golongan wanita.

Kombinasi warna yang pelbagai, dihias bijak oleh pereka kasut disamping mengekalkan mutu dan kualiti kasut. Mereka tak kisah asalkan mereka minat jenama kasut tersebut dan trend fesyen terkini, pasti kene sambar.

Di sini kami akan kongsikan beberapa jenis kasut yang wajib dimiliki oleh lelaki di luar sana.

SNEAKERS
Sneakers pasti menjadi pilihan utama remaja hinggalah dewasa, kasut jenis ini adalah kasut yang sentiasa evergreen dan sesuai dipakai semua peringkat umur.

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, rata-rata ramai lelaki yang sukakan kasut jenis sneakers. Nampak stylo dan macho buat si pemakai, menjadi pilihan utama lelaki dalam banyak aktiviti.

Lambakan jenama di pasaran memeriahkan lagi industri kasut sesuai dengan kehendak pasaran. Pilih saja ikut kegemaran, asalkan hati puas dan kena pula pada tempatnya pasti berbaloi kasut yang dibeli. Pilihan warna yang ideal , jika pandai mengggayakannya dengan warna baju dan seluar akan menonjolkan lagi fesyen mereka.

FORMAL / DRESS SHOES
Secara lazim digunakan untuk acara formal dan juga golongan professional di pejabat. Kasut formal hitam berkilat dan bentuk melengkung menjadi kegemaran golongan pekerja sektor kerajaan dan swasta. Ada dua bentuk, iaitu bentuk muncung tirus di hujung dan bentuk petak , di reka khas untuk mereka yang bekerja di office.

Kini trend ia tidak hanya dipadankan dengan pakaian formal semata-mata, malah seluar jeans pun sesuai di pakai bersama kemeja dan blazer.

Kebanyakan Material formal shoes di perbuat daripada bahan kulit di pemukaan luar dan dalam. Sekali pandang kasut jenis ini sangat ringkas. Lebih sesuai di pakai untuk acara harian. Gaya seakan mewah dengan warna menarik sudah tentu loafers mendapat peminat tersendiri.

MOCCASINS
Antara kasut yang sangat unik berbanding yang lain, kerana mempunyai struktur yang lembut dan rata. Membuatkan pemakainya merasa nyaman dan selesa.

Ia sesuai untuk acara semi-kasual, sambil menampakkan cita rasa yang gah, membuatkan lelaki seperti berada dalam kelas tersendiri. Sangat menarik apabila di padankan dengan seluar pendek dengan baju tshirt beserta blazer.

KASUT SUKAN
Kasut sukan kebiasaanya di gunakan oleh atlet dan ahli sukan, juga merupakan antara kasut yang terpenting untuk lelaki bagi menjaga kesihatan dan kecergasan.

Kasut sukan berfungsi melindungi kaki daripada tercedera dan melecet di hujung jari kaki. Ciri ciri adalah tahan lasak, tapak tidak cepat haus, di reka khas untuk setiap jenis fungsi sukan.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!