Tikus Berkeliaran Di Rumah? Ini 5 Cara Nak Halau 'Cik T' );

Type to search

Bae & Beauty Trend

Tikus Berkeliaran Di Rumah? Ini 5 Cara Nak Halau ‘Cik T’

Share
tikus

Boleh dikatakan dapur adalah lokasi paling penting dalam sesebuah rumah yang mana ia tempat kita makan dan menyimpan bekalan makanan.

Oleh sebab itu, dapur perlu sentiasa bersih agar terhindar daripada sebarang kuman yang boleh merosakkan makanan anda.

Baca: Kucing Si Penangkap Tikus? Ketahui 3 Risiko Jangkitan Pada Si Meow

Tapi haiwan perosak seperti semut dan lipas cukup gemar menyelinap di bahagian dapur terutamanya tikus yang memang cukup suka masuk ke dalam rumah.

Ada beberapa cara untuk mengelak dapur ada daripada didatangi oleh tikus.

1. Tutup lubang

 

Tahukah anda tikus jenis cencurut memiliki tubuh yang mudah dilentur malah ia mampu menyelinap ke dalam lubang sebesar satu inci!

Bagi mengelakkan dapur anda didatangi cencurut, pastikan periksa seluruh bahagian dapur anda sama ada terdapat lubang yang membolehkan ia meloloskan diri… Jika ya, pastikan ia ditutup terutamanya pada bahagian tersimpannya makanan seperti kabinet.

2. Jangan letak makanan atas meja

Kita tak boleh salahkan seratus peratus jika rumah didatangi tikus atau cencurut jika sikap kita sendiri yang menggalakkan mereka.

Berapa ramai yang malas menyimpan lauk ke dalam peti sejuk dan terbiar di atas meja walaupun ditutup dengan tudung saji?

Jangan ingat ia tidak akan datang dan jangan terkejut jika lebihan makanan itu hanya tinggal pinggan sahaja! Sebaiknya simpan lauk pauk atau makanan dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk.

3. Jaga kebersihan

Barang diingat, tikus mampu hidup dengan hanya sejumlah kecil makanan dan mereka hanya perlu sekitar tiga ke empat gram makanan sehari.

Secebis roti di atas meja sudah cukup untuknya menarik kehadirannya. Jadi sentiasa jaga kebersihan dapur dan pastikan ia berada dalam keadaan bersih.

4. Pemeriksaan berkala

Kehadirannya mungkin tak dapat dikesan tetapi cuba periksa dapur anda kerana tikus dan cencurut mungkin sudah membina sarang.

Air kencing cencurut biasanya mempunyai bau yang kuat dan ia boleh menjadi signal keberadaan haiwan itu.

5. Aroma pudina

Sebagai langkah pencegahan cuba gunakan penyembur aroma pudina di dapur kerana baunya dibenci oleh tikus.

Nak lebih berkesan, sembur ke bahagian yang dirasakan menjadi laluanya dan ia akan lari. Bukan sahaja tikus mencicit lari, dapur anda pun jadi lebih segar!

Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!