5 Drama Korea Berkisarkan Alam Perkahwinan Yang Tidak Rugi Ditonton! - Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Trend

5 Drama Korea Berkisarkan Alam Perkahwinan Yang Tidak Rugi Ditonton!

Hidayah Abdullah
Share

Baru-baru ni Facebook dibanjiri dengan post tentang drama kecurangan suami dan cara si isteri membalas dendam yang sangat savage!

Drama dari Korea itu yang bertajuk The World of the Married itu berjaya mengalahkan K-Drama Itaewon Class sejak episod enam ditayangkan, mana tidaknya rata-rata wanita Asia meroyan teruk dengan cerita tersebut.

Selain K-Drama yang letops itu, banyak lagi K-Drama berkisarkan alam perkahwinan yang boleh anda tonton bersama keluarga, pasti tunggang terbalik emosi anda dibuatnya!

The World of the Married

Memandangkan drama ini telah mendapat sambutan hangat, kepada manusia yang belum terjebak itu bolehlah mula sertai group onion army yang setia mengecam watak hero tidak sedar diri dalam drama ini. Drama tersebut mengisahkan kecurangan seorang suami meskipun telah dikurniakan isteri yang sangat baik dan anak lelaki. Malah si isteri mempunyai kerjaya yang bagus dan memberi dana untuk kelangsungan syarikat si suami. Sudahlah dapat kemewahan hidup, si suami boleh curang dan rakan-rakannya siap bersubahat sembunyikan kecurangan tersebut. Pasti membuak-buak emosi anda setiap kali menonton episod yang ditayangkan.

Hi Bye, Mama

Dunia K-Drama tidak pernah gagal membawa unsur kepercayaan reincarnation mereka, iaitu kelahiran semula. Kisah ini berkisarkan tentang seorang isteri yang telah meninggal dunia dan diberi kesempatan selama 49 hari untuk menjadi seorang manusia biasa. Suaminya yang merupakan pakar bedah telah berubah perwatakan setelah kehilangan isteri tercinta. Malah dia dikejutkan semula dengan kemunculan isterinya yang telah 5 tahun meninggal. Si suami telah pun menikah dengan wanita lain. Sediakan tisu ye gais.

Go Back Couple

Bosanlah asyik cerita semasa bercinta je. K-Drama yang satu ini terdapat sedikit kelainan di mana ia menceritakan tentang pasangan suami isteri yang berusia 38 tahun. Semakin lama menjalani kehidupan sebagai suami isteri, perasaan cinta mula tidak sehangat semasa awal perkahwinan. Masing-masing mula menyesal berkahwin di usia muda, tiba-tiba pasangan ini dibawa semula ke zaman mereka yang berusia 20 tahun. Zaman di mana mereka mula-mula berjumpa di universiti. Beruntunglah ada peluang ‘restart’ macam ni, kan.

Emergency Couple

K-Drama yang sangat sesuai bagi mereka yang desperate nak kahwin muda, drama ini mengisahkan pasangan yang berkahwin semasa masih menuntut di universiti. Ibu si lelaki tidak merestui hubungan itu, mana tidaknya si anak berhenti belajar dan menjadi penjual ubat. Rumah tangga mereka mula goyah dan akhirnya mereka bercerai. Enam tahun kemudian mereka berjumpa semula di hospital di mana mereka bertugas di jabatan yang sama iaitu Jabatan Kecemasan. K-Drama ini tak sah kalau tak buat hati penonton jadi roller coaster kan?

My Wife’s Having an Affair This Week

Para lelaki ramai yang tidak berpuas hati gara-gara drama The World of the Married itu, asyik lelaki je kena bash. Maka drama ini sangat sesuai bagi lelaki boleh buat back up kaum anda. K-Drama ini mengisahkan perjuangan seorang suami yang ingin mempertahankan perkahwinannya meskipun si isteri ‘kantoi’ curang dengan lelaki lain. Ingat perempuan je ke yang put effort nak selamatkan perkahwinan? Masih ramai lagi lelaki yang bermatian melakukan perkara yang sama.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!