5 Fakta Menarik Cruella 2021 Yang Disney Cuba Sampaikan

Type to search

Bae & Beauty Pilihan Bae & Beauty Trend

5 Fakta Menarik Cruella 2021 Yang Disney Cuba Sampaikan

Share
cruella

Movie Cruella dari Disney ini telah menjadi one of the movie yang paling ditunggu-tunggu tahun ini setelah Disney memaparkan sisi lain watak villain seperti Maleficent.

Bagi korang yang belum menonton movie ini, harap maklum terdapat banyak spoiler di dalam artikel ini.

Filem ini mengisahkan tentang asal-usul Cruella yang menceritakan tentang gadis bernama Estella – nama asal Cruella (Emma Stone), yang memiliki bakat dalam dunia fesyen.

Bertemakan mode 1970 an di kota London, Estella berhasil menarik perhatian Baroness von Hellman (Emma Thompson). Tetapi, impian dia sebagai pereka fesyen popular tekah menjadi salah satu obses sejak kecil.

Jom kita tengok 5 fakta awesome yang diketengahkan dalam filem ini.

1. Diinspirasikan dari novel legend iaitu karya Dodie Smith

dodie
90 Tahun Dodie Smith dengan anjing kesayangannya, Charles. Gambar di ambil pada tahun 1986 oleh Jane Bown.

Watak Cruella yang diadaptasi dari sebuah novel yang ditulis oelh Dodie Smith bertajuk The Hundred and One Dalmations.

Karakternya digambarkan sebagai penjahat yang obvious boleh nampak dari penampilan dengan ciri khas rambut berwarna setengah hitam dan putih.

Cruella juga sangat obses dengan kulit anjing baka Dalmatian untuk dijadikan aksesori ataupun kain pakaian.

Versi novel Cruella juga ditunjukkan yang dia sanggup menculik kesemua anjing Dalmation untuk penuhi kehendaknya.

Berbeza dengan jalan penceritaan dari Disney, walaupun diadaptasi dari novel legend ini, Disney mengeluarkan watak Cruella sisi lain mengapa ‘bad people’ itu wujud disebabkan penderitaan yang dialami dan dilayan salah oleh orang sekeliling.

2. Watak antagonis Cruella versi 2021 lebih fun untuk ditengok

Bagi sesiapa yang sudah membesar dengan kartun Disney pastinya sangat membencikan watak antagonis ini kerana sangat kejam dengan anjing Dalmation.

Namun berbeza dengan versi tahun 2021 ini yang cuba Disney ketengahkan asal-usul mengapa obses dia terhadap fesyen pelik.

Versi 2021 adalah trend yang terbaru dalam penceritaan Disney, dengan style jalan cerita yang sama dengan “Maleficent,” yang dilakonkan oleh Angelina Jolie 2014 yang meneroka asal-usul mengapa ia jadi pari-pari jahat.

3. Cruella 2021 adalah filem prekuel dari filem 101 Dalmations (1996)

 

Movie versi 2021 yang dilakonkan oleh Emma Stone mengisahkan permulaan Cruella de Vil ini adalah filem prekuel untuk filem 101 Dalmations tahun 1996 ini.

Filem ini juga mengambil konsep era 1970-an di London yang memang pada masa itu terkenal dengan masa fesyen punk rock.

4. Glenn Close dijadikan sebagai produser eksekutif

 

Glenn Close adalah pelakon ikonik sebagai Cruella dalam live-action filem 101 Dalmatians (1996) dan 102 Dalmatians (2000).

Walaupun tidak dihebahkan lagi secara official namun Glenn Close dipercayai menjadi produser eksekutif bersama-sama dengan Andrew Gunn, Marc Platt, dan Kristin Burr.

5. Disney ketengahkan genre crime-thriller

cruella

Berdurasi selama 2 jam, Cruella 2021 ini dinilai sebagai salah satu movie ‘dark’ jika dibandingkan dengan movie Disney yang lain.

Genre yang diangkat adalah crime-thriller. Tapi jangan risau, still boleh ditonton oleh kanak-kanak dan bersama-sama keluarga.

Jadi tunggu apa lagi, since dah official keluar 28 Mei hari tu, boleh lah korang buat as list movie untuk luang masa dengan family ketika lockdown ini.

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!