Bosan Baju Raya Pakai Kain? 5 Idea Ini Fesyen Raya Dengan Seluar untuk Hijabis

Type to search

Bae & Beauty Trend

Bosan Baju Raya Pakai Kain? 5 Idea Ini Fesyen Raya Dengan Seluar untuk Hijabis

Share
fesyen raya

Every year Aidilfitri korang mesti dah bosan nak fesyen raya baju kurung atau kebaya. Nak pula bila kena raya dan kuarantin pada waktu yang sama tahun ini.

Walaupun fesyen raya perempuan lagi banyak daripada lelaki, mesti korang rasa bosan pakai style yang sama setiap tahun, betul tak?

Why not kita buat kelainan sedikit untuk tema raya 2021 ini? Memandang dah beraya di perantauan, tak terima banyak tetamu dan kena follow SOP as usual, kita ubah sikit fesyen ini dan jadikan ia sebagai casual outfit.

Team Bae & Beauty dah senaraikan 5 fesyen raya ini untuk korang yang berhijab dan masih lagi boleh bergaya dengan sopan, elegan dan pada masa yang sama nampak simple.

Okay ini sebenarnya yang paling simple tapi memang sopan. Blouse labuh yang panjang sampai paras lutut atau buku lali memang nampak cantik kalau kita pakai tak kiralah untuk any occasion, termasuklah Hari Raya.

Kalau nak nampak menyerlah bolehlah mix and match warna blouse tu dengan seluar korang. Contohnya blouse labuh warna putih, seluar warna merah jambu ke, beige ke atau kalau nak striking pakai seluar warna neon. Memang korang nampak ayu dan sedap mata memandang.

Masih ramai lagi yang kurang berani untuk menggayakan cardigan pada hari raya. Jangan malu-malu gais!

Waktu inilah nak serlahkan kejelitaan korang dengan gaya yang simple but masih lagi sedap mata memandang. Try and error dengan cardigan yang ada. Lagi nice kalau korang ada cardigan berbentuk batik untuk serlahkan kemelayuan gitu.

Tips 1 – Korang kena make sure cardigan tu bukan yang fit dan ketat bila pakai. Kena gayakan cardigan yang loose.

Tips 2 – Cardigan tu yang ada corak nampak ala-ala Raya. Contohnya batik tak kiralah batik Terengganu tu ke, batik Indonesia ke tapi yang penting material selesa/tak panas sangat.

3. Kurti/Batik shirt dengan seluar jeans

Rasanya untuk lelaki memang ini gaya yang paling mudah, simple dan cepat. Boleh tempah atau beli je kurti yang korang suka lepas tu masa Hari Raya boleh gayakan dengan khaki pants atau jeans favorite korang.

Tak semestinya seluar yang ketat, kalau loose sikit pun stylo! Walaupun kita dah biasa nampak lelaki pakai baju kemeja batik ke mana-mana terutamanya untuk pergi majlis kahwin.

Why not make it your baju raya kan? Pair kan baju kemeja batik tu dengan khaki pants atau any kind of seluar or jeans.

4. Baju kurung Kedah dengan seluar jeans

fesyen raya

Rasanya idea outfit yang ni dah ramai cuba gayakan, betul tak? Korang pernah try tak? Cubalah, cantik tau.

Baju kurung tu kalau kurung kedah tapi jenis longgar-longgar sikit memang nice untuk pair dengan seluar. Boleh jadi outfit keluar jalan, pergi dating atau ke tempat kerja.

Beli kain batik sarung dan hantar dekat tailor minta jahit jadi seluar atau baju. So, korang boleh padankan dengan anything plain. Contohnya kalau pakai blouse plain boleh padankan dengan seluar corak batik tu.

Tapi, kalau nak kelainan atau tak minat pakai plain korang boleh je terus tempah one set baju + seluar guna kain corak yang sama. Kalau bukan time raya pun, boleh mix and match dengan baju atau seluar yang lain.

Siapa kata tak boleh pakai seluar atau jeans for raya. Mungkin sebab sejak turun temurun memang tradisi kita pakai baju melayu, baju kurung waktu raya. Tapi, tidak semestinya kita tak boleh buat kelainan kan? Bolehlah cuba gayakan untuk raya tahun ini!

Which outfit is your favorite?

Baca lagi – Jenis baju raya ikut saiz badan.

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!