5 Jenis Manja Perempuan, Korang Punya Manja Macam Mana? );

Type to search

Bae & Beauty Trend

5 Jenis Manja Perempuan, Korang Punya Manja Macam Mana?

Ain Huda
Share

Selain nak perhantian daripada lelaki, perempuan juga jenis manja. Walaupun perangai brutal atau kasar, sifat manja perempuan mesti ada. Tak tunjuk pada semua orang, tapi bila dengan bersendirian dengan pasangan, mulalah manja dia keluar.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Sifat manja ni memang kena ada, jangan tak ada langsung. Nanti hambar hubungan korang. Tapi kadang-kadang terlalu manja pun merimaskan lelaki. Kalau manja tak bertempat, boleh merimaskan semua orang pula. Sebenarnya setiap perempuan ada ‘level‘ manja tersendiri, cuma banyak dengan tak je. Korang punya manja macam mana?

Manja Teramat Sangat

Untuk menarik minat lelaki, sifat manja yang melampau memang senang nak dapat perhatian. Sama ada suka atau meluat. Kalau lelaki tak suka, dia akan abaikan je. Tapi lelaki yang suka akan melayan kerenah korang tapi lama-kelamaan si dia bosan. Dia boleh jadikan alasan untuk tinggalkan korang sebab korang terlalu manja dan tak reti berdikari.

Manja Yang Buat-Buat

Manja buat-buat biasanya tak natural dan lebih kepada mengada-ngada. Sebenarnya yang manja buat-buat ni buat orang menyampah je. Mungkin ada yang sakit hati tengok perangai macam ni.

Manja Macam Budak-Budak

Contohnya macam ni, menangis di tempat orang ramai, merengek sana-sini atau merajuk tak tentu pasal. Manja macam ni boleh dikatakan manja yang memalukan diri sendiri. Jangan pelik ye kalau tengah menangis tiba-tiba si dia boleh ‘blah’ macam tu je. Si dia pun tak larat nak layan perangai budak-budak.

Minta Dimanjakan

Nak si dia layan korang macam puteri je sepanjang masa. Sifat macam ni jangan selalu buat ye, sebab orang lain pun ada kerja nak selesaikan. Pening kepala si dia kalau korang nak bermanja je.

Manja Ada Masa

Manja bertempat kira paling elok antara manja yang lain. Manja di tempat dan situasi yang perlu sahaja. Antara korang dengan si dia je tahu manja antara satu sama lain. Masa inilah korang tahu lelaki pun manja ye.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!