5 Tanda Lelaki Angau Bercinta Dengan Korang );

Type to search

Bae & Beauty Pilihan Bae & Beauty Trend

5 Tanda Lelaki Angau Bercinta Dengan Korang

Farhana Syahirah
Share

Siapa kata susah nak tengok lelaki angau kan kita? Deria keenam korang memang main peranan yang besar untuk tahu tanda- tanda si dia memang sungguh cintakan korang.

10 tanda-tanda di bawah adalah analisis umum yang menunjukkan si dia memang sungguh angau dekat korang. Jom scroll!

1. Sanggup berkongsi makanan dia dengan korang

Petanda pertama ini menunjukkan si dia sangat sayangkan korang. Mana tidaknya, susah tau seorang lelaki untuk berkongsi makanan dan mereka sangat bencikan orang ambil tanpa meminta izin terlebih dahulu.

Itu sebabnya, jika si dia berkongsi sudah mula berkongsi makanan dengan korang, siap suapkan lagi, itu adalah petanda pertama si dia angaukan korang.

 

2. Tak kisah tinggalkan telefon atau kongsi password dekat korang

Tanda kedua ini sangat jarang berlaku melainkan si dia memang betul-betul sayang dan percayakan korang. Jika si dia sanggup berkongsi password, buat tetapan cap jari korang kat telefon dia, memang dah sah-sah okey!

Ia juga bermaksud bahawa si dia mempunyai sesuatu yang harus disembunyikan dan ini bukan asas yang baik untuk hubungan yang dibina berdasarkan kepercayaan.

Tetapi jika si dia bersikap semula jadi dengan korang dan menunjukkan tanda-tanda kepercayaan dan keikhlasan dalam niat si dia, itu tidak lain adalah cinta sejati.

 

3. Bersedia untuk cuba perkara baru dengan korang

Jika si dia sentiasa kata ‘ya, boleh juga, okayy!’ bila mencuba sesuatu yang baru yang berkaitan dengan hobi, percayalah, ni memang sangat ketara si dia angaukan korang.

Sebabnya, seseorang yang betul-betulkan cintakan korang, akan rasa nak tahu lagi personaliti korang dengan ‘ambil bahagian’ dengan perkara-perkara yang korang suka.

Si dia mesti akan libatkan diri dalam satu hobi dan melakukan aktiviti bersama, sama ada kursus memasak atau menunggang kuda, mengeratkan ikatan antara anda berdua dan membuka kualiti tersembunyi korang.

Paling rare, jika si dia sanggup cuba perkara baru dengan kprang walaupun dia betul-betul sibuk dengan perancangan lain.

 

4. Selalu buat kejutan dan tinggalkan ucapan yang sweet buat korang

Tanda keempat ini memang akan nampak ketara apabila si dia memang sudah betul-betul serahkan cinta dia sepenuhnya dan zahirkan dengan perbuatan si dia.

Selalunya, lelaki memang akan lupa untuk ingat tarikh-tarikh istimewa dalam perhubungan kerana anggap ia sebagai benda yang remeh, tetapi tidak kepada lelaki yang betul-betulkan cinta dan angaukan korang seadanya.

Selalu buat kejutan dan tinggalkan nota ‘Abang sayangkan awak’ adalah salah satu tanda yang si dia sangat menghargai korang dalam hidup si dia.

 

5. Si dia sentiasa mendengar nasihat dari korang

Tanda yang terakhir ini menunjukkan si dia sangat menghargai pendapat korang dan selalu nak dengar apa yang korang akan katakan pada si dia.

Kalau ada lelaki macam ini, jangan lepaskan dia, kerana si dia memang betul-betul angaukan korang.

Kalau diikutkan logik, sebenarnya sangat susah untuk lelaki dengan kata kita disebabkan ego mereka yang sangat tinggi.

Jika si dia sanggup rendahkan ego, bincang bersama, dan selesaikan satu-satu masalah bersama, si dia sangat menghargai kamu sebagai pasangannya.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!