5 Tip 'Maintain' Cantik Di Rumah Walaupun Tengah PKP );

Type to search

Bae & Beauty Pilihan Bae & Beauty Trend

5 Tip ‘Maintain’ Cantik Di Rumah Walaupun Tengah PKP

Ain Huda
Share
pkp

Korang ada keluar mana-mana tak waktu Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 ni? Kerja pun dari rumah, kan? Kekal berada di rumah jika tiada keperluan untuk keluar.

Jadi bila terperap dalam rumah boring, stress tak boleh jalan-jalan. Tapi pastikan korang sentiasa menjaga penampilan walaupun tidak keluar ke mana-mana.

Takkan nak pakai baju tidur sepanjang masa di rumah. Cuman, jangan abaikan kekemasan dan bercantik-cantik di rumah. Penting tau jaga diri, penampilan, nak kerja pun tak stress dan boleh meningkatkan lagi kualiti kerja.

Bermeditasi

Meditasi adalah cara untuk mengurangkan tekanan, fokus pada ketenangan, stabil secara mental dan emosi. Musim pandemik ni memang ramai yang tertekan sebab kerja dari rumah, tak boleh keluar suka hati. So, meditasi sangat penting. Kalau korang tak kawal emosi akan menyebabkan korang lesu dan cepat tua!

Siapa nak cepat tua, kan? Jaga beauty routine walaupun di rumah. Sebagai contoh, hirup udara pagi depan rumah sebelum mulakan hari, pasang lilin pewangi atau haruman pewangi udara macam tengah tular sekarang ni.

Tidur Berkualiti

Jangan tak cukup tidur atau terlebih masa tidur. Ikut saranan doktor untuk mendapatkan rehat secukupnya dan berkualiti. Tidur yang berkualiti mampu menyumbangkan kepada kesihatan kulit dan mata. Otak pun lebih cerdas. Bangun pagi pun segar je. So far so gooood!

Penjagaan Muka

Yelah, memang tak keluar rumah tapi rutin menjaga muka masih penting ya! Lepas cuci muka, pakai toner. Selepas itu, pakai pelembap atau moisturizer. Walaupun duduk rumah tolong pakai lip balm untuk kekal kelembapan bibir. Sebelum tidur pakai masker. Rapikan rambut dan sembur minyak wangi. Haa barulah tak bosan duduk rumah sepanjang PKP, feeling gorgeous gituww!

Makan

Makan diet pemakanan yang sihat. Jangan banyak makan junk food atau fast food. Tak elok tau. Siapa yang on diet tu, teruskan rutin sihat korang. Bagi yang baru belajar masak pun jadi best sebab banyak resepi yang korang boleh cuba masa PKP ni. Kurangkan makanan beminyak ye!

pkp

Bersenam

Dulu alasan tak ada masa untuk bersenam boleh pakai, tapi sekarang 24 jam di rumah takkan tak masih sempat lagi? Bersenam boleh mengurangkan tekanan kerja, hilangkan bosan, segarkan badan dan kekal sihat.

Tak perlu lakukan setiap hari, cukup seminggu tiga kali pun memadai. Jangan malas-malas waktu PKP ni. Nah, link untuk korang yang nak exercise tapi asyik rasa malas je.

 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!