6 Pujian Lelaki Suka Dengar );

Type to search

Bae & Beauty Trend

6 Pujian Lelaki Suka Dengar

Ain Huda
Share

Lelaki pun suka dipuji tau. Janganlah harap lelaki je memuji korang cantik setiap hari. Korang pun kena puji pasangan. Lelaki pun ada perasaan juga.

Tapi nak puji apa untuk lelaki? Kalau dating pun pakai tshirt dengan topi? Kalau jalan-jalan pun pakai selipar je? Eh, ada. Janganlah anggap penampilan luaran je boleh nilai. Sekali-sekala hargai sifat diorang yang diorang tunjuk pada korang. 

Memahami

Tak semua orang boleh dengar luahan perasaan. Lagi-lagi yang meluah tu adalah perempuan. Sekecil-kecil kuman pun akan diluahkan. Kalau si dia masih mendengar dan respon dengan topik tersebut, maknanya dia seorang pendengar yang baik dan faham perasaan korang. Tak salah bagitahu yang si dia memang memahami korang. Secara emosinya lelaki lebih rasa dihargai dan selesa.

Kelakar

You ni kelakarlah’. Haa, Kalau setiap kali keluar korang duk gelak terbahak-bahak tu maknanya korang selesa dengan si dia. Bagitahu dia yang dia dah buat hati korang gembira dan seronok. Memang best pun kan dapat lelaki kelakar ni. Ada je idea dia nak buat punchline.

Puji Badan

Ish, yang ni kalau korang puji memang berbunga-bungalah hati lelaki, lagi-lagi kalau mereka baru start workout atau bersenam. Tunggu seminggu atau dua minggu, puji perubahan fizikal walaupun tak banyak, pujian tu akan jadi motivasi pada mereka. Lepas tu follow up aktiviti workout dia, tunjukkan korang sokong dengan apa yang mereka usahakan. Jangan asyik komen itu ini je, kesian boyfriend awak.

Puji Handsome

Siapa tak suka kena puji handsome atau cantik. Perasan tak lelaki kalau potong rambut atau shave misai dan janggut memang nampak lain. Inilah masanya untuk korang puji si dia. Atau kalau dia pakai apa-apa yang lain sikit, fuh nampak handsome betul! Puji lagi! Puji ni tak rugi tau sebab dapat menceriakan hari seseorang.

Puji Kejayaan

Ucapkan tahniah dengan apa saja pencapaian si dia. Naik pangkat ke, ditawarkan pekerjaan atau apa sahaja. Si dia kongsi berita gembira, korang pun tunjuk vibe positif juga. Jangan runtuhkan semangat dia. 

Cara Pemanduan

Stereotype yang biasa kita dengar, lelaki memang hebat memandu. Kalau memandu tak betul sikit mesti dikatakan perempuan yang bawa kereta. Takpe girls, kita bagi peluang. Puji sikit cara si dia memandu. Cara parking kereta ke, si dia ingat jalan dan cara memandu. Kalau bahaya, korang nasihat sikit. Tapi lelaki memang bangga ye kalau kita puji cara dia memandu. So, why not?

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!