Heliza Helmi Antara 6 Selebriti Tempatan 'Bersuara' Memperjuangkan Hak Rakyat Palestin

Type to search

Bae & Beauty Trend

Heliza Helmi Antara 6 Selebriti Tempatan ‘Bersuara’ Memperjuangkan Hak Rakyat Palestin

Share
selebriti

Dari tahun 1948 lagi rakyat Palestin sudah ‘disajikan’ dengan bunyi letupan bom hanya kerana memperjuangkan hak mereka. Sehingga kini, rakyat Palestin belum dapat mencapai kebebasan mereka.

Seperti yang kita dapat lihat sekarang perjuangan rakyat Palestin sendiri juga melibatkan sejumlah selebriti wanita di negara Malaysia bahkan di dunia, yang memberi kesedaran dan sokongan pada Palestin menerusi media sosial masing-masing.

Mari kita lihat usaha selebriti wanita Malaysia yang sama-sama memperjuangkan hak rakyat Palestin.

1. Heliza Helmi

Di Malaysia, Heliza Helmi merupakan finalis Akademi Fantasia (musim 5, 2007) yang kini aktif dalam misi kemanusiaan. Heliza bersama adiknya Hazwani antara selebriti Malaysia yang pernah turun padang ke Gaza bermula pada tahun 2012, 2013 dan 2019.

Dedikasinya untuk aktiviti kemanusiaan tentunya menjadi inspirasi bagi banyak pihak. Dia benar-benar mahu menolong mereka yang memerlukan, walaupun itu akan membahayakan nyawanya sendiri.

Baru-baru ini, beberapa hantaran milik akaun Heliza atau mesra dipanggil Kakja telah diturunkan oleh pihak Instagram atas sebab kononnya berupa keganasan. Namun, itu tidak mematahkan semangat Kakja untuk terus bersuara dengan menggunakan teknik yang lain demi saudara kita di Palestin!

selebriti
Sumber: instagram/nurhelizahelmi

2. Mizz Nina

Pada yang tidak tahu, Mizz Nina dahulunya seorang penyanyi dan kini telah berhijrah menjadi seorang aktivis. Ketika kita sedang menyambut perayaan Hari Raya, Mizz Nina dan suaminya Noh Salleh berkesempatan membuat panggilan video live pada malam raya di Instagram bersama warga Malaysia yang sedang menetap di Palestin iaitu Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman untuk berkongsi keadaan semasa disana.

Bagi yang tidak tahu, semasa mereka on live, perkongsian dari saudara Nadir diselit dengan bunyi letupan bom di sekitar kawasan Nadir berada. Keadaan itu disaksikan oleh penonton live yang mendengar termasuk Noh yang tidak dapat menahan kesedihan mengenang nasib rakyat disana.

Doa dan sokongan dititip pada mereka yang berjuang menentang kekejaman Zionist Israel di Gaza, Palestin.

selebriti
Sumber: instagram/officialmizznina

3. Diana Amir

Tidak lupa pada barisan bekas pelakon yang dahulunya sering menghiasi kaca televisyen namun sudah berhijrah melakukan kerja amal antaranya Diana Amir, Irma Hasmie, Neelofa dan Yatt Hamzah.

selebriti
Sumber: instagram/diana amir

4. Irma Hasmie

selebriti
Sumber: instagram/yatthamzah_suci

5. Yatt Hamzah

selebriti
Sumber: Astro Awani

6. Neelofa

selebriti
Sumber: instagram/neelofa

Mereka senada dengan Heliza dan Mizz Nina, perasaan marah dengan tindakan kejam Israel pada penduduk Palestin yang telah mengorbankan ramai insan lemah seperti wanita dan kanak-kanak.

Perkongsian demi perkongsian yang dilakukan oleh para selebriti wanita Malaysia di media sosial telah membuka mata umat Islam di seluruh dunia. 

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!