7 Movie Inspirasi yang Mengangkat Wanita );

Type to search

Bae & Beauty Movie Review Trend

7 Movie Inspirasi yang Mengangkat Wanita

Share
wanita

Ungkapan ‘wanita yang kuat’ selalu akan membakar semangat kaum wanita yang ingin berdiri di atas kaki sendiri. Walaupun watak wanita yang kuat tidak selalunya disukai oleh orang lain, namun keperibadian mereka mesti akan menarik perhatian korang di dalam movie.

Di dalam realiti pun, keadaan kehidupan yang sukar akan mendorong kaum wanita untuk membuat keputusan dan akhirnya menjadikan mereka wanita kuat yang akan buat kita kagumi.

Senarai di bawah adalah senarai movie yang mengangkat seorang wanita buat korang untuk dijadikan inspirasi. Jom scroll!

1. English Vinglish (2012)

Movie ini memaparkan kehidupan seorang surirumah, Shashi lakonan hebat pelakon Sri Devi yang sering diperlekehkan oleh suaminya yang berpelajaran tinggi dan anak perempuannya, semata-mata beliau hanya seorang surirumah dan tidak faham dan fasih berbahasa Inggeris.

Walaupun beliau sangat pandai memasak dan mempunyai perniagaan kecil-kecilan membuat manisan “ladoo” yang sangat maju, suaminya tetap memandang rendah dan tidak menghargai beliau.

2. Gravity (2013)

Luar angkasa lepas. Kesunyian dan kekosongan. Macam mana seseorang nak mengelakkan diri dari kegilaan di sana, terutama kalau korang terdampar di luar mana-mana kapal angkasa, di luar keselamatan, tanpa apa-apa kecuali alam semesta yang luas dan kosong di sekeliling korang?

Ini adalah kisah luar biasa tentang kemahuan, stamina, dan keberanian seorang wanita yang berakhir dalam situasi yang sangat berbahaya. Lakonan yang luar biasa dari Sandra Bullock menjadikan penonton rasa tak sennag duduk untuk habiskan keseluruhan filem.

Sebagai penonton, kita tidak dapat menahan rasa bersimpati dan membayangkan diri kita kalau berada dalam situasi yang sama. Tidak semua lelaki mampu mengatasi setiap rintangan yang dihadapi oleh wanita besi ini.

3. Joy (2015)

Plot filem ini berdasarkan kisah benar kehidupan Joy Mangano, seorang ibu tunggal dari Long Island, yang mencipta mop seerbaguna ketika dia kecewa dengan mop pembersih biasa. Hasilnya, dia menjadi salah satu usahawan paling berjaya di dunia.

4. Still Alice (2014)

Seorang profesor linguistik bernama Alice bangun pada suatu hari dan menyedari yang dia sudah lupa tentang sesuatu ayat. Dia sudah mula melupakan nama keluarga dan rakannya – semuanya disebabkan oleh penyakit Alzheimer yang semakin laju menyerang dirinya.

Tetapi Alice masih ingat bahawa dia adalah orang yang bahagia. Ini adalah filem hebat yang wajib korang tonton untuk mengingatkan diri korang bahawa setiap saat dalam hidup korang sangat berharga.

5. Frozen I & II (2013, 2019)

Tiada senarai movie yang lengkap Disney. Menampilkan puteri inspirasi Elsa dan Anna, siri Frozen merangkumi mesej yang sangat penting mengenai pemberdayaan wanita: wanita selalu mempunyai kekuatan dalaman dan potensi besar untuk bertahan.

Penulis amat mengagumi bagaimana Elsa menggunakan kekuatan ajaibnya untuk mengatasi rintangan di tengah pengembaraannya yang berbahaya, yang tidak memerlukan seorang putera untuk menyelamatkannya.

6. Mad Max: Fury Road (2015)

Walaupun filem ini dinamakan Max, watak utamanya adalah seorang wanita. Wanita ini hidup dalam dunia pasca-apokaliptik.

Dia pernah mencapai kejayaan individu yang luar biasa, dan hampir memulakan revolusi. Charlize Theron berjaya lakonkan watak seorang wanita yang sedang marah yang mencari syurga peribadinya dan berusaha menyelamatkan wanita lain dari masyarakat yang fanatik.

7. Legally Blonde (2001)

Elle Woods yang dilakonkan oleh Reese Witherspoon telah ubah stereotaip tentang wanita berambut perang yang dianggap bodoh, membuktikan wanita boleh memakai apa sahaja yang mereka mahukan dan melakukan perkara tak elok. Seorang wanita yang sukakan warna merah jambu dan membantai di mahkamah – movie ini adalah wild idea untuk tahun 2001 dan zaman itu.

Ada filem inspirasi yang korang? Beritahu kami dalam komen!

Ikuti kisah lain tentang filem Warner Bros di sini.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!