78% Orang Bujang Rasa Selamat Keluar 'Date' Dengan Pasangan yang Sudah Vaksin, Menurut Kajian );

Type to search

Bae & Beauty Trend

78% Orang Bujang Rasa Selamat Keluar ‘Date’ Dengan Pasangan yang Sudah Vaksin, Menurut Kajian

Share
bujang

Bercinta di kala pandemik. Nampak seperti realiti yang naif dan kedengaran agak jauh untuk bermimpi situasi begini. Namun, siapa yang nak stay bujang lama-lama kan~

Setelah hampir dua tahun pandemik melanda seluruh dunia, kajian menunjukkan bahawa golongan bujang di Malaysia sudah bersedia untuk kembali mencari cinta dan menyedari betapa pentingnya membina sesebuah hubungan yang sebenar.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Lunch Actually (portal dating), sebanyak 78 peratus orang bujang Malaysia mengatakan mereka merasa lebih selamat keluar ‘dating’ dengan seseorang yang sudah vaksin.

dating

Kajian itu mempunyai responden sebanyak 500 rakyat Malaysia (berumur dalam lingkungan 31 hingga 45 tahun) mengenai pilihan temu janji mereka semasa pandemik COVID-19, ketika vaksinasi baru giat dilancarkan.

Peliknya, hanya 17 peratus sahaja responden yang telah divaksinasi, sementara 72 peratus lagi mengatakan mereka merancang untuk mendapatkan vaksin ketika pilihan ditawarkan kepada mereka.

56 peratus responden adalah lelaki, dan 44 peratus adalah wanita. Jadi, terdapat sedikit ketidakseimbangan jantina dalam kajian ini, tetapi pilihan yang direkodkan tetap pada skala yang lebih umum.

Menurut Lunch Actually, kemungkinan alasan di sebalik kajian ini untuk orang yang belum lagi mendapat vaksinasi, sekaligus keyakinan terhadap vaksin sebagai pelindung kepada COVID-19.

Apa pendapat anda pula? Kongsikan di ruangan komen~

Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *