Segarkan Syawal Dengan Air Bunga Raya Mocktail, Jom Kongsi Resepi Ini

Type to search

Bae & Beauty Pilihan Bae & Beauty Trend

Segarkan Syawal Dengan Air Bunga Raya Mocktail, Jom Kongsi Resepi Ini

Share
air bunga raya

Jom raikan syawal korang dengan air unik ini bersama keluarga di rumah. Sekali sekala buat eksperimen air untuk juadah hari raya pastinya akan menyegarkan tekak semua walaupun duduk di rumah.

Korang boleh mencuba resepi air Bunga Raya Mocktail ini yang pastinya membuatkan tekak akan rasa segar semula selepas menikmatinya.

Caranya mudah sahaja dan boleh dinikmati bersama-sama dengan kuih-muih raya anda di rumah. Ikuti perkongsian resepi dari Royal Selangor ini. 

Bahan-bahannya

air bunga raya

3 beg / 1 sudu besar teh bunga raya

3 cawan (24 auns) air

2 biji limau nipis kecil (lebih kurang 4 sudu besar jus limau nipis), serta beberapa kepingan limau nipis sebagai hiasan

Air sparkling atau club soda

2 sudu besar madu

2 sudu besar air

Ais, untuk dihidangkan

Cara Penyediaan

1. Rendam teh dalam air panas selama 3 minit, kemudian keluarkan beg teh (atau tapis daun teh). Sejukkan teh sehingga menjadi suhu bilik, selama lebih kurang 20 minit.

2. Campurkan madu dan air, dan panaskan campuran tersebut di dalam ketuhar gelombang mikro sehingga larut sepenuhnya. Biarkan sebentar.

3. Tuangkan setengah gelas teh bunga raya. Tambahkan satu sudu besar jus limau nipis dan satu sudu besar sirap madu ke dalam gelas, dan kacau sehingga sebati. Tambahkan air sparkling ke dalam gelas sehinga penuh. Kacau perlahan-lahan.

4. Hias dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!