Video: Viral Beri Anak 2 Tahun Hisap Vape, Bapa Ditahan Polis Untuk Siasatan

Type to search

Bae & Beauty Trend

Video: Viral Beri Anak 2 Tahun Hisap Vape, Bapa Ditahan Polis Untuk Siasatan

Share
vape

Selain terkejut dengan pengumuman PKP, kita juga disajikan dengan video viral kanak-kanak 2 tahun yang sedang menghisap vape pemberian si bapa. 

Dalam klip itu, kanak-kanak lelaki yang dilihat hanya memakai lampin, mengambil dua sedutan dari alat elektronik vape yang dipercayai dipegang oleh bapanya.

Anaknya kelihatan amat tidak selesa apabila menekup wajah dan mulutnya sejurus menghembuskan asap dari alat tersebut.

vape
vape

Video yang tular

Menurut laporan terkini, lelaki yang dipercayai bapa kepada kanak-kanak berusia dua setengah tahun itu telah ditahan.

Ketua Polis Gombak ACP Arifai Tarawe berkata lelaki berusia 23 tahun itu ditangkap di Setapak, Selasa lalu.

“Kakitangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak polis telah menyerbu ke sebuah rumah di Kampung Baru Air Panas di sini untuk menyelamatkan anak dan ibunya pada pukul 4.50 petang setelah satu video menjadi viral baru-baru ini.

“Kedua-duanya (ibu dan anak) dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan perubatan dan mereka dimasukkan ke wad di hospital.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di Taman Sahabat Jaya, Batu Caves, di sini,” katanya dalam satu kenyataan.

Walau bagaimanpun, Arifai berkata lelaki itu akan ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Video yang telah dimuatnaik di Instagram Story ibunya telah menerima pelbagai tohmahan negatif dari netizen. 

Mana taknya, budak tu kecil lagi, lepastu tergamak pula buat pada anak sendiri.

Tak tahu lah apa yang difikirkan kedua-dua ibu bapa sewaktu menyuapkan anak mereka dengan vape. Bukan itu je, sempat pula tu dia merakam, kan dah sendiri cari masalah.

Yang jadi mangsa si anak. Allahu… Semoga tiada apa-apa yang buruk berlaku pada budak tu.

Sumber: Astro Awani
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!