'Salute!', Angelina Jolie Buka Akaun Instagram Untuk Solidariti Hak Rakyat Afghanistan );

Type to search

Bae & Beauty Trend

‘Salute!’, Angelina Jolie Buka Akaun Instagram Untuk Solidariti Hak Rakyat Afghanistan

Share
angelina jolie

Selebriti Hollywood terkenal, Angelina Jolie yang sebelum ini tidak mempunyai sebarang akaun media sosial kini telah mempunyai akaun Instagram secara rasmi pada Jumaat lepas.

Akaun Instagram miliknya dibuat bukan untuk mempromosikan filem MCU, Eternals yang bakal ditayangkan, tetapi ia dibuka kerana ingin berkongsi surat yang dihantar oleh seorang remaja perempuan Afghanistan.

BACA: Tentera AS Jumpa Cebisan Mayat Afghanistan Pada Roda Pesawat C-17

Sepucuk surat yang diterima dari remaja itu menyatakan ketakutan dia terhadap krisis di negaranya.

Kandungan surat yang dikongsikan oleh Angelina Jolie juga menyatakan yang di bawah kepimpinan Taliban, kaum wanita terutamanya remaja perempuan kini ibarat hidup ‘dalam penjara’ dan berpotensi menjadi mangsa penderaan semula.

“Sebelum Taliban menguasai Afghanistan, kami semua mempunyai hak, kami dapat mempertahankan hak kami dengan bebas.

“Tetapi selepas adanya kehadiran mereka, kami semua takut kepada mereka, dan kami seolah-olah merasakan semua impian kami sudah hilang,” menurut kiriman surat itu.

Kata Angelina Jolie, rakyat Afghanistan kini tidak mempunyai akses untuk berkomunikasi di media sosial dan berkongsi keadaan dihadapi mereka dengan dunia luar.

Untuk itu, dia bertindak untuk tampil di Instagram bagi berkongsi kisah dan menjadi suara rakyat Afghanistan kepada seluruh dunia bagi memperjuangkan hak mereka.

Perkongsian Angelina Jolie itu telah menerima lebih tiga juta tanda suka dan lebih 130,000 ribu komen dari peminatnya yang menyokong usaha selebriti ini.

Tambahan lagi, dia merupakan perutusan khas (special envoy) yang dilantik oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sejak tahun 2012.

Menerusi jawatan yang disandangnya ini, Jolie memberi perhatian kepada krisis penduduk dunia yang terpaksa berpindah-randah secara besar-besaran dari negara bergolak.

Sehingga ke hari ini, akaun Instagram miliknya telah mempunyai seramai 9 juta pengikut walaupun baru dibuka pada Jumaat yang lepas.

Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!