Lelaki Ini Kongsikan Cara Buat Bawang Goreng Rangup & Wangi Ikut Petua Mak );

Type to search

Bae & Beauty Makan Trend

Lelaki Ini Kongsikan Cara Buat Bawang Goreng Rangup & Wangi Ikut Petua Mak

Share
bawang goreng

Sedapnya bawang goreng ini dan kalau boleh, mahu atah sampai habis sepaket. Nampak macam senang sahaja jika dibuat sendiri.

Sebenarnya senang sangat untuk membuat bawang goreng ‘homemade’ di rumah. Lebih segar, lagi rangup dan wangi dan yang paling penting, jimat.

BACA JUGA: Guna 4 Cara Ini Kalau Taknak Mata Pedih Potong Bawang

Jom kita lakukannya mengikut resipi daripada Ahmad Salehuddin Amirwan ini. Senanglah nak makan bawang goreng, stok sudah ada.

Cara-cara membuat bawang goreng garing & wangi:

1. Mula-mula kupas kulit bawang. Nak mudah, rendam dalam air panas jadi senanglah untuk dikupas kulit.

2. Kemudian, hirislah bawang itu nipis-nipis.

3. Lepas dihiris, cuci bawang bersih-bersih dan toskan sampai bawang betul-betul kering.

4. Selepas sudah kering, bolehlah panaskan minyak dalam kuali. Minyak harus betul-betul panas, baru masukkan bawang. Kemudian, rajin-rajinlah gaul supaya bawang itu masak sekata.

5. Apabila sudah kekuningan garing, bolehlah angkat dan toskan minyak. Tunggu sejuk baru masukkan dalam bekas.

Petua daripada Mak:

* Apabila warna bawang sudah mula kekuningan, bolehlah perlahankan api dapur supaya bawang tidak hitam dan hangus.

* Bahagian inilah biasanya orang terlepas pandang kerana apabila hitam, bawang itu akan menjadi pahit dan tidak sedap.

* Sentiasa kacau apabila sudah perlahankan api. Kacau sampailah ia garing. Sudah garing bolehlah angkat.

* Saya buat 2kg bawang dapatlah 1 bekas.

[Kredit: Ahmad Salehuddin Amirwan]
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!