Aafiyah Dah Jadi Kakak! Comel Sungguh Bayi Lelaki Siti Nurhaliza Ini

Type to search

Bae & Beauty Trend

Aafiyah Dah Jadi Kakak! Comel Sungguh Bayi Lelaki Siti Nurhaliza Ini

Share
siti nurhaliza

Kelahiran anak kedua penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ternyata disambut gembira peminat yang rata-rata mendoakan yang terbaik untuk keduanya.

Malah perkongsian gambar bayi yang dilahirkan pada 19 April lepas oleh abangnya, Asyraf Khalid juga tular di media sosial.

Asyraf yang berkongsi gambar tersebut di Instagramnya turut memuat naik video ahli keluarga menunggu proses bersalin penyanyi nombor satu negara itu.

Rata-rata peminat meninggalkan komen positif dan memuji kecomelan cahaya mata kedua Siti Nurhaliza.

Asyraf turut menzahirkan rasa syukur dan gembira kerana ibu tirinya telah selamat melahirkan bayi lelaki pagi tadi.

“Alhamdulillah pagi tadi saya terima seorang lagi adik lelaki. Alhamdulillah, bayi sihat dan segalanya nampak baik. Tahniah ayah dan Mak Iti. Syukur segalanya telah berjalan dengan lancar buat Mak Iti.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan Mak Iti dan Ayah untuk membesarkan bayi yang baru lahir ini untuk menjadi anak yang soleh dan anak yang berbakti kepada agama kita, keluarga kita dan seluruh umat Muhammad,” coret Asyraf menerusi Instagram miliknya.

Menerusi kenyataan sama, pihak Siti Nurhaliza merakamkan terima kasih kepada doktor dan jururawat yang membantu dalam proses bersalin.

“Selain itu, mereka juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.

“Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Datuk Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti Nurhaliza yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.

“Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah SWT,” katanya.

Siti Nurhaliza dan suami yang berkahwin pada 21 Ogos 2006 dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun juga menerusi proses IVF.

baby siti nurhaliza

[Sumber: Instagram CTDK]

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!