Wow! Bath & Body Works Buat Sale, Beli 3 Percuma 2! );

Type to search

Bae & Beauty Trend

Wow! Bath & Body Works Buat Sale, Beli 3 Percuma 2!

Share
sale

Buat penggemar bauan Bath & Body Works, ini adalah masa yang paling indah dalam setahun!

Waktu indah yang dimaksudkan adalah ketika sempena Jualan Separa Tahunan (Semi-Annual Sale) oleh Bath & Body Works. 

Bermula dari wangian segar hingga produk rawatan kulit yang menenangkan, Bath & Body Works telah berkongsi hebahan promosi itu di laman media sosialnya, Instagram, semalam.

sale

Sampai bila Semi-Annual Sale berlangsung?

Memandangkan ramai pembeli sudah tidak sabar lagi untuk shopping tapi dalam masa yang sama risau jika terlepas peluang keemasan ini, usah khuatir promosi ini sah sehingga bekalan produk yang terpilih itu habis dijual dan tertakluk kepada Terma dan Syarat (T&C).

Mesti ramai nak tahu antara koleksi produk BBW yang terpilih untuk dibeli di bawah promosi ini? Meh sini Bae & Beauty mahu kongsikan kepada semua.

Sebelum itu, semua pasti sudah mengetahui produk yang dikeluarkan oleh jenama ini tidak lain dan tidak bukan adalah body mist, sabun tangan cecair atau gel, dan produk mandian dan penjagaan kulit badan serta barangan ekstra seperti lilin wangian. 

Jika anda layari website Bath & Body Works sendiri, anda dapat melihat pelbagai promosi pada ke semua produk mereka. Sebahagian selected items telah diberi diskaun sebanyak 70%, Semi-Annual Sale, Buy 3 Free 2 serta Mix & Match.

Mix & Match tu macam mana pula

Jika anda ingin membuat pembelian pada produk Semi-Annual Sale dan menambah pada produk lain yang dibenarkan untuk dibeli lebih daripada 3 dan sekaligus menerima 2 barangan secara percuma (Buy 3 Free 2).

Jadi, campuran kedua-dua sale inilah yang dipanggil Mix & Match

Wah mesti dapat jimat banyak ni! Ya, memang jimat. Tapi anda harus membeli sebanyak 5 barang, termasuklah dengan barangan Semi-Annual Sale, selagi stok masih ada.

sale

Walaupun di poster telah menyatakan pembelian di kedai seluruh Malaysia, jenama ini sangat memahami keadaan rakyat Malaysia yang masih menjalani ‘lockdown’, jadi mereka telah menyediakan pembelian atas talian dengan lakukan pembayaran di website rasmi BBW.

Bagi yang ingin mendapatkan produk kesukaan masing-masing, sekarang adalah masa yang tepat untuk menyimpan & rebut peluang jimat pada wangian ini sebelum habis!

Di bawah ini juga penulis telah sertakan tawaran lain yang ada di BBW, selamat bershopping!

sale
Sumber: Bath & Body Works
sale
sale
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!