Apa Yang Best Dapat Girlfriend 'Kasar'? Ini 6 Sebabnya );

Type to search

Bae & Beauty Trend

Apa Yang Best Dapat Girlfriend ‘Kasar’? Ini 6 Sebab Lelaki Perlu Tahu

Share

Setiap orang ada personaliti yang berbeza. Setiap orang juga ada taste masing-masing. Bila ada perbezaan pendapat, janganlah bergaduh pula. Kalau korang ada pendapat dan pandangan sendiri, teruskan, okay?

Tapi ramai yang berpendapatan perempuan yang kasar susah nak kenal, susah nak rapat dan takut nak tegur. Kenapa? Bukan sebab diorang ni kurang ajar, biadap atau mulut laser tapi mereka lebih kepada slumber, gila-gila, jujur dan sporting! Best tau dapat girlfriend yang sedikit kasar ni, macam-macam korang boleh borak. Ini antara kenapa perempuan kasar seronok untuk jadikan girlfriend.

Tidak Cemburu Buta

Tipulah tak jealous langsung! Mestilah ada perasaan cemburu, kan perempuan. Tapi bukan jenis yang berlebihan. Diorang akan cemburu bila perlu dan ada perkara yang jelas sahaja. Tidak cemburu kalau tiada apa yang mencurigakan. Diorang akan percaya pasangan tapi kalau kena tipu, haa siap!

Jaga Diri

Maksudnya tidak terlalu naif. Tidak lurus bendul dan tidak mudah percayakan orang. Tahu mana baik dan mana tidak. Kalau keluar seorang tu, boleh dikatakan selamat. Boyfriend pun tak susah hati walaupun girlfriend pergi travel seorang diri.

Jujur

Kalau tak suka, diorang cakap tak suka. Kalau tak cantik, diorang cakap tak cantik. Senang, kan? Tak ada drama, tak ada perkataan ‘complicate’ untuk perempuan kasar ni. Semua dia cakap terus terang. Kadang-kadang terlepas cakap tu, maafkan jela ye. Bukan lagi memudahkan kerja korang ke?

Independent

Buat hal sendiri. Bukanlah tak ambil tahu hal sekeliling tapi boleh buat semua perkara secara solo. Tidak bergantung harap pada orang lain terutama lelaki. Diorang lebih suka selesaikan masalah sendiri. Kiranya kalau ada girlfriend jenis macam ni, partner korang tak susahlah nak fikir.

Menyeronokkan

Diorang banyak idea fun! Seronok bila ada aktiviti yang tidak plan. Partner akan ready je kalau diajak ke mana-mana. Tidak suka sangat dating dalam mall. Lebih suka aktiviti dan memberikan pengalaman yang best.

Tidak Bosan

Bila cakap pasal bosan ni, akan ada phase yang boring bila bercinta. Orang cakap tiada spark dalam hubungan. Tapi bila kenal dengan perempuan yang berperangai sedikit kasar, susah nak hilang spark tu. Sebab diorang ni banyak cerita, idea dan ada saja plan yang tidak akan buat pasangan bosan. Setiap hari ada perkara baru yang muncul. Mereka sukakan cabaran yang menarik dan akan ajak pasangan mereka rasai pengalaman tersebut.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!